25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Ice Cafe, Pulau Pinang : Nikmati Suasana Menjamu Selera Seperti Berada Di Kutub Utara


Bagi mereka yang tidak pernah merasai suasana musim salji, anda tidak perlu kecewa kerana kita masih belum dibenarkan untuk melancong ke luar negara disebabkan penularan pandemik yang masih membimbangkan.

Untuk mengubati kekecewaan tersebut apa kata anda berkunjung sahaja ke sebuah kafe di Pulau Pinang, di mana anda berpeluang merasai sendiri kedinginan musim salji ala Eropah dengan suhu mencapai 10 darjah Celsius.

Inilah keunikan Ice Cafe di Lebuh Victoria di George Town, di mana ia bukan sekadar ais pada nama atau papan tanda semata-mata — tetapi ais merupakan konsep dan tema kafe itu.

265559227 641455767277065 71892173481565301 n

265844829 641455743943734 6371282831595947585 n

Tema unik berkonsepkan ais yang ditawarkan di kafe tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Jika berkunjung ke sini anda dapat menikmati pelbagai sajian hidangan bertemankan pemandangan seolah-olah sedang berada di Kutub Utara.

266218464 641455807277061 8371081477146710101 n

“Dengan suhu 10 darjah Celsius, pengunjung berpeluang merasai pelbagai menu pencuci mulut seperti aiskrim, buah-buahan serta kek lazat yang disajikan oleh kafe tersebut. Malahan, menu yang ditampilkan punya cita rasa tersendiri.

“Kita mahu pelanggan bukan sahaja rasa sejuk, tetapi suasana persekitarannya juga sejuk seperti ala ‘frozen’. Jika kita lihat dalam kafe ini, ada salji. Jadi kita mahu bawa konsep itu,” kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Ice Cafe, Hazlami Rosli .

266550932 641455770610398 7393275439938980855 n

MAKANAN TRADISIONAL ANTARA MENU ICE CAFE

“Istimewanya di sini menunya adalah lain dari yang lain. Kami mencipta sendiri menu tersebut. Kami cuba mengetengahkan makanan-makanan tradisional dan makanan lazim di Pulau Pinang seperti aiskrim kandar.

Selalu di Pulau Pinang terkenal dengan nasi kandar, di sini kami pamerkan aiskrim kandar di mana rencahnya lebih kurang sama dengan nasi kandar tetapi versi aiskrim.

263175238 641455947277047 7557622554294360544 n

“Begitu juga dengan kiwi grape di mana mangkuk hidangan kita buat daripada ais, betul-betul ais, itu keistimewaan Ice Cafe yang tiada di tempat lain,” katanya yang bakal memperkenalkan menu terbaru iaitu ais krim tom yam.

267711585 641455900610385 6544768753610456691 n

267448966 641455817277060 4149533472152934393 n

Selain dapat menikmati pelbagai juadah enak, pengunjung Ice Cafe juga berpeluang merakam gambar dan detik indah di dalam kafe yang persekitarannya bersuasanakan kiub ais dan salji.

266220841 641455890610386 7170220100914096071 n

Pada masa akan datang, Ice Cafe turut merancang untuk membuka kafe bertemakan konsep sama di Kuala Lumpur atau Melaka.

267063245 641455923943716 5338046204659323727 n

Sumber: Bernama & Kredit Gambar: FB Places Malaysia





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI