28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Ideal Untuk Staycation, Boleh berbelanja Sepuas Hati


Sesuai dengan peredaran masa, kini ramai di antara kita mencari peluang untuk ‘staycation’ di hotel semata-mata untuk melepaskan lelah daripada rutin harian. Bermalam di hotel pada hujung minggu, bukanlah sesuatu yang boleh dianggap membazir, tetapi ia adalah terapi diri. 

Selain mendapat tidur lena, kita juga mendambakan pengalaman menyeronokkan. Jadi, hotel atau resort yang bakal disinggahi mestilah mempunyai perkhidmatan cemerlang. Sempena Ramadan yang bakal tiba, mungkin ada yang sudah merancang untuk membeli-belah keperluan Aidilfitri.

novotel kuala lumpur city centre image 10

Jika anda mahu menghabiskan hujung minggu di Kuala Lumpur, apa kata anda menginap di Novotel Kuala Lumpur untuk merealisasikan keinginan. Beralamat di No: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, hotel bertaraf empat bintang ini memiliki lokasi yang cukup strategik.

Membeli-belah boleh menjadi agenda utama, lebih-lebih lagi jika ingin memburu barangan berjenama.

novotel kuala lumpur city centre image 20

Apa tidaknya, dari Novotel Kuala Lumpur, anda hanya perlu berjalan kaki ke beberapa pusat membeli-belah ternama seperti Pavilion, Farenheit88, Lot 10, dan Starhill Gallery, Suria KLCC dan Avenue K. Boleh luangkan masa selama mana diidamkan.

Jika menghampiri waktu berbuka puasa, tak perlu susah hati, kerana banyak lokasi selera yang ada berhampiran.

novotel kuala lumpur city centre image 9

Selain kedudukannya yang strategik, anda juga perlu tahu tentang kamar penginapan yang ditawarkan. Percayalah, anda tidak akan menyesal dengan fasiliti yang tersedia. Novotel Kuala Lumpur menawarkan empat jenis bilik yang terdiri daripada Deluxe, Executive, Premier dan Junior Suite.

Setiap jenis bilik mempunyai pilihan katil ‘super single’ atau ‘king’, dengan tilam dan bantal empuk yang menjanjikan tidur nyenyak. Selain itu, kemudahan tab mandian juga memberi peluang untuk anda merehatkan otot dan melapangkan fikiran tatkala berendam di dalam tab mandian.

novotel kuala lumpur city centre image 1

Sambil berendam, boleh juga menonton program kegemaran anda di kaca televisyen. Ini kerana terdapat panel besar yang membolehkan anda melihat ruangan kamar.  

Sama seperti kebanyakan hotel lain, Novotel Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan menyediakan kemudahan minuman panas sebagai tanda penghargaan buat tetamu. Jika anda memilih menginap di Premier Room atau Junior Suite, sebakul buah-buahan menanti di bilik untuk menjamu selera. 

Hidangan enak, layanan mesranovotel kuala lumpur city centre image 19

Seandainya anda memilih untuk menjamu selera di hotel, anda boleh berkunjung ke Food Exchange atau Gourmet Bar. Hidangan yang disediakan membuka selera dan paling penting layanan di sini cukup memuaskan.

Pelayan restoran sentiasa bertanyakan tentang makanan yang dihidangkan, sama ada enak atau tidak. Jadi, kalau ada yang tidak kena, pasti anda akan mendapat hidangan gantian yang lebih lazat!

Buat anda yang sudah terlalu penat kerana seharian mengelilingi kota, boleh memesan makanan untuk dihantar ke bilik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Novotel Kuala Lumpur. – Cendolpulut, 31 Mac 2022

Gambar : Novotel KL


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI