25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Ikan Aneh Bergigi Manusia Ditemui Di Malaysia, Ternyata Spesies Ini Memang Wujud

Viral satu perkongsian di twitter mengenai satu ikan bergigi seperti gigi manusia ditemui di Malaysia. Seorang warganet di twitter yang menggunakan akaun @raffnasir_ telah memuat naik foto seekor ikan yang kelihatan aneh dimana ikan tersebut mempunyai gigi seperti manusia!

Ikan Aneh Bergigi Manusia Ditemui Di Malaysia

q 1 1536x1181 1

Tweet berkenaan pantas menjadi tular dan menarik perhatian orang ramai disebabkan keunikan mulut dan gigi ikan tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya sekiranya ikan tersebut betul-betul wujud ataupun sekadar diedit. Buat pengetahuan anda semua, ikan tersebut betul-betul wujud di dunia ini dan dikenali sebagai Triggerfish atau nama saintifiknya ialah Balistidae dan mempunyai lebih kurang 40 spesies.

qq 1

Ikan Triggerfish ini dikatakan mempunyai sifat yang cukup agresif. Giginya kuat mampu menghancurkan landak laut serta mengoyakkan pakaian selam.

Triggerfish terkenal dengan sikap “nakal”. Walaubagaimanapun anda hanya akan dapat melihat ‘kenakalan’ ikan ini jika ada yang mengacau kawasan mereka.

Gigi Ikan Triggerfish ini agak kuat hingga dapat menghancurkan landak laut. Jika mereka merasa terancam, mereka akan menyerang dengan gigitannya yang agak kuat itu. Oleh itu jika anda terjumpa ikan ini semasa menyelam, dnasihatkan agar jangan mengacau mereka jika tidak mahu kena gigit.

Sumber :Saja Gempak

Sumber: majalahilmu.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI