Sejak kebelakangan ini, ada seglintir pihak yang tidak bertanggungjawab ingin merosakkan keharmonian antara kaum yang ada di Malaysia. Namun baru-baru ini, viral di platform TikTok, satu insiden yang menyentuh perasaan rakyat Malaysia.
@onsir11 Hari tu kereta Parking tak jumpa , hari ni kereta kena langgar pulak 😄😄😄 #fyp #onsir #tiktok #tiktokviral #bantumalaysia #iklasituindah ♬ original sound – Andrew Cheah 谢华光 – On Sir – Andrew Cheah
Video yang dimuatnaik oleh @onsir11 , di mana beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Seorang penghantar makanan Melayu dipercayai melanggar keretanya dengan tidak sengaja. Yang menjadi perhatian netizen adalah reaksi @onsir11 itu sendiri.
Dia yang bernama Andrew Cheah, tampil dengan reaksi tenang. Keadaan juga terkawal kerana pemuda melayu tersebut mengaku kesilapannya dan bersedia untuk membayar ganti rugi. Andrew juga sempat bertanya beberapa soalan kepada pemuda tersebut.
Yang menyentuh perasaan netizen adalah Andrew dengan ikhlas memaafkan pemuda tersebut.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.