23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Imej Kemaluan Sering Berlegar Di Minda, Buat Firdaus Wong Tertekan

“Semenjak menerima kes itu dan melihat begitu banyak mesej serta gambar kemaluan lelaki, saya sendiri yang merupakan lelaki tertekan dan sukar untuk tidur malam kerana imej-imej itu sering berlegar di minda,” kata Firdaus Wong.

Imej Kemaluan Sering Berlegar Di Minda Buat Firdaus Wong Tertekan

Pendakwah bebas itu menyatakan dirinya mengalami kemurungan berikutan kerap kali melihat mesej berbaur gangguan seksual selain gambar kemaluan lelaki sejak menerima kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Imej Kemaluan Sering Berlegar Di Minda Buat Firdaus Wong Tertekan

Firdaus yang juga Pengasas dan Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM) memaklumkan situasi itu juga dirujuk tentang kesalahan ejaan pada hantaran dibuatnya di dalam kumpulan Whatsapp “NOBODY” yang turut disertai tiga individu lain.

Menurutnya, perkataan “keburungan” di dalam ayat hantaran “Amaran!!! Keburungan-Keburungan” yang ditulisnya adalah merujuk kepada perkataan “kemurungan”.

“Perkataan keburungan-keburungan adalah kesalahan ejaan daripada saya sendiri yang sepatutnya bermaksud kemurungan-kemurungan,” katanya ketika sesi pemeriksaan balas oleh peguam bela, Ram Singh.

Sementara itu, menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria pada sesi soal jawab sebelah pagi yang bertanya mengenai kumpulan Whatsapp ‘NOBODY’, Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung, 39, memaklumkan platform berkenaan diwujudkan olehnya selain dianggotai tiga individu lain iaitu Mohd Fairuz Abu atau Fairuz Al-Jengkawi (panggilan merujuk Mohd Fairuz), Dr Rozaimi Ramly dan Dr. Yusuf.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI