31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Individu tak yakin Fuad ‘single’, minta tunjuk nombor daftar cerai mahkamah

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Fuad Rahman dan Tom yang dikatakan sedang hangat bercinta.

Malah, Fuad sendiri menegaskan Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram bukanlah orang ketiga dalam rumah tangganya kerana dia dan isteri sudah bercerai.

Screenshot 2022 12 08 at 12.27.55 PM 768x875 1

Bagaimanapun, timbul satu dakwaan oleh seorang individu menerusi satu hantaran di Forum CARI mengatakan pasangan tersebut masih suami isteri yang sah kerana tiada nombor pendaftaran cerai di Mahkamah Syariah Singapura.

“Hi penyondol (Tom), Fuad Rahman dan pasangan masih suami isteri yang sah, tapi kalau masih nak gatal dengan laki orang dan tak sabar tunggu sijil cerai keluar, ambillah suami kitar semula itu,”tulisnya.

313960598 1294708451282050 5175588738888711807 n 768x768 1

Dalam pada itu, individu berkenaan turut bertanya talak berapa yang dilafazkan oleh Fuad sekiranya dia dan isteri dalam proses cerai di mahkamah.

“Talak berapa Fuad? Tiada lafaz apa-apa pun, tiada tarikh iddah pun. Kedua-dua (Fuad dan isteri) belum jejakkan kaki ke pintu mahkamah. Jangan kata pintu, tangga mahkamah pun tak jejak lagi,”katanya.

Malah, individu tidak dikenali itu meminta Fuad menunjukkan nombor pendaftaran kes dan notis kedatangan sekiranya mereka benar-benar dalam proses perceraian seperti mana diberitahu kepada media sebelum ini.

“Tiada istilah dalam proses. Jika betul dalam proses, ada nombor pendaftaran kes, suruh Fuad tunjuk surat. Surat mahkamah notis kedatangan pun tiada,”ceritanya lagi.

314338737 1294979831254912 9038295545831844956 n 768x576 1

Di kesempatan itu, individu tersebut meminta para peminat supaya tidak merestui hubungan mereka berdua, melainkan Fuad membuktikan sendiri dia sudah menceraikan isterinya.Screenshot 2022 12 15 at 5.49.23 PM

Tidak tahulah siapa yang benar dan salah dalam hal ini. Semoga pihak terlibat dapat menyelesaikan masalah dan salah faham dengan tenang dan bijaksana.

Sumber: CARI

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI