26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023
spot_img

Indonesia Tangguh Hasrat Naikkan Bayaran Masuk Ke Kuil Borobudur


Kerajaan Indonesia menangguhkan rancangan untuk menaikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur yang diumumkan sebelum ini.

Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo berkata pihak berkenaan akan membincangkan secara menyeluruh beberapa langkah dalam menguruskan pelancong yang ingin mendaki ke kuil — termasuk menaikkan harga tiket dan mengehadkan kuota pelancong.

borobudur temple

Ganjar berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Pandjaitan pada Selasa.

Pada Sabtu, Luhut berkata cadangan untuk menaikkan harga tiket adalah sebahagian usaha untuk memulihara kuil yang rosak akibat vandalisme serta memastikannya bersih dan bebas sampah.

2020 02 05 86046 1580896907. large

Bayaran masuk akan dinaikkan kepada US$100 (US$1=RM4.39) untuk pelancong asing dan AS$71 pelancong tempatan.

Pada masa ini, bayaran masuk ke kompleks Borobudur, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Jawa Tengah ialah AS$25 dan AS$5 masing-masing untuk pelancong asing dan tempatan.

indonesia central java borobudur temple 04

Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai, sebilangan besar mengalu-alukan langkah berkenaan, memandangkan ia dapat menjana dana tambahan untuk kerja-kerja menyelenggara.

jpg

Sumber: BERNAMA





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI