26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Indonesia Tangguh Naikkan Bayaran Masuk Ke Kuil Borobudur


Kerajaan Indonesia menangguhkan rancangan untuk menaikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur yang diumumkan sebelum ini, kata Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo.

Beliau berkata pihak berkenaan akan membincangkan secara menyeluruh beberapa langkah dalam menguruskan pelancong yang ingin mendaki ke kuil, termasuk menaikkan harga tiket, dan mengehadkan kuota pelancong.

Ganjar berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Pandjaitan pada Selasa.

Gambar failGambar fail

Pada Sabtu, Luhut berkata cadangan untuk menaikkan harga tiket adalah sebahagian usaha untuk memulihara kuil yang rosak akibat vandalisme serta memastikannya bersih dan bebas sampah.

Bayaran masuk akan dinaikkan kepada US$100 (US$1=RM4.39) untuk pelancong asing dan US$71  pelancong tempatan.

Pada masa ini, bayaran masuk ke kompleks Borobudur, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Jawa Tengah ialah US$25 dan US$5 masing-masing untuk pelancong asing dan tempatan. 

Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai, sebilangan besar mengalu-alukan langkah berkenaan, memandangkan ia dapat menjana dana tambahan untuk kerja-kerja menyelenggara. – Bernama


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI