26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

“Ingat Orang Main Payung Terjun, Rupanya…” – Netizen Seriau Tengok Video Penanggal Terbang Awal Pagi

Penanggal atau juga dikenali sebagai Balan-balan di Sabah, adalah satu perkara yang kita sering dengari. Bahkan, bagi mereka yang tinggal di Sabah kewujudan balan-balan adalah bukan suatu perkara yang asing.

Ia merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai.

Viral di paltform TikTok, video yang dimuatnaik oleh @gipsydanger_ yang memaparkan suatu objek asing yang sedang beterbangan.

@gipsydanger_ Pulang pagi ka tu kak? sumber : member whatsapp 😂 #fyp #fypsabah ♬ pergi pagi pulang pagi – Khai Dhira

Berdasarkan video tersebut, seorang pemuda sedang memancing di awal pagi. Ketika beliau sedang santai memancing, tiba-tiba satu objek asing yang sedang terbang menarik perhatiannya. Tanpa membuang masa, pemuda tersebut terus merakam video.

Apabila beliau cuba untuk zoom in dengan kemeranya, jelas ia berbentuk seperti penanggal atau balan-balan yang terbang. Netizen berasa seram dan juga lucu kerana ramai berpendapat penanggal itu sudah lewat pulang kerja kerana hari sudah siang.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI