26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023
spot_img

Ini Cara Buat Croissant Custard Puding, Rasanya Sangat Sedap. Wajib Cuba!

Roti croissant merupakan sejenis pastri yang sangat popular di kalangan orang Barat. Malah di beberapa negara, ia sering menjadi sarapan pagi pilihan ramai. Sesuai digandingkan bersama aneka buah-buahan serta manisan, ia sangat enak!

Selain dimakan begitu sahaja, anda juga boleh menikmatinya dengan cara lain. Di sini, kami ingin berkongsi resepi croissant custard puding yang telah diolah oleh Edayu Rashid di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Nampak sangat menyelerakan.

Ini Cara Buat Croissant Custard Puding, Rasanya Sangat Unik. Korang Wajib Cuba Tau!Bahan-bahanRoti croissantButterMarmaladeAiskrim vanillaDark chocolate CROISSANT CUSTARD PUDINGCara penyediaanBelah dua roti. Selepas itu, sapukan butter.Kemudian, sapukan marmalade pula.Sapukan sedikit butter pada permukaan loyang.Susun roti croissant dalam loyang. Masukkan aiskrim vanilla yang telah dibiarkan sekejap pada suhu bilik tapi masih belum cair.Akhir sekali, taburkan sedikit dark chocolate. Masukkan dalam oven dan bakar selama 15 minit.Keluarkan dari oven dan siap untuk dinikmati. CROISSANT CUSTARD PUDING CROISSANT CUSTARD PUDING

Bila fikir balik memang bijak kaedah pengunaan aiskrim untuk jadikan sos kastad itu. Sebab selalu memang kita guna telur, susu, gula dan esen vanila. Dalam aiskrim vanilla tu memang dah ada campuran semua bahan tu cuma dah dibekukan siap-siap.

Dah siap bakar tazabar nak makan. Kombinasi rasa masam marmalade, pahit dark chocolate bergabung dengan manis kastad dan buttery croissant memang menghasilkan satu rasa yang unik.

Selamat mencuba!

Kredit: Edayu Rashid di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Baca Juga: Resepi Roti Kacang Merah Paling Mudah. Uli Guna Tangan Sahaja Pun Tetap Menjadi

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI