26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Ini Cara Buat Keju ‘Cheese’ Dari Susu Yang Dah Masam. La Ruginya Selalu Buang Je Susu Bila Masam.

Mesti ramai yang tak tahu susu masam boleh bertukar menjadi ‘cheese‘. Bila susu dah masam jangan dibuang kerana banyak kegunaannya. Antaranya, boleh dibuat kek, pankek, sos carbonara, mushroom soup dan apa-apa saja masakan yang menggunakan susu.

Untuk tahu lebih lanjut cara membuatnya, jom ikuti perkongsian resepi daripada Suriya Ab Majid yang berkongsi bahan dan cara membuat homemade cheese.

Cara-Cara Membuat Homemade Cheese

Bahan-bahan:

Susu masam1 sudu kecil garam3 sudu besar cuka putih (boleh guna Disstilled White Vinegar jenama Heinz atau cuka putih jenama lain)

Cara-cara:

Panaskan susu dalam periuk hingga mendidih. Api sederhana sahaja.Masukkan 1 sudu kecil garam. Nampak dah mula berwap, cepat-cepat tutup api.Alihkan periuk dari dapur.Masukkan 3 sudu besar cuka putih. Kacau sekejap.Biarkan dalam 5-15 minit. Susu akan jadi berketul-ketul.Guna kain kasar. Boleh juga gunakan kain lampin bersih untuk tapiskan.Biarkan 45-1 jam untuk airnya ditoskan.Dah siap. Boleh simpan dalam bekas.

ssmasam

ssuNota kecil: Air yang ditoskan tadi sebenarnya milk whey liquid dan ianya boleh disimpan sebab banyak khasiatnya.

Bagi anda yang tengah diet dan makan secara bersih, Ini adalah pilihan terbaik untuk makan homemade cheese. Jadi sesiapa yang belum pernah cuba, boleh ikut resepi yang telah sediakan ini. Homemade is always the best!

Semoga bermanfaat & Selamat mencuba!

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI