Ikan siakap memang sedap dan selalu digandingkan dengan masak stim limau. Isinya yang lembut dan pejal bersama kuah stim limau yang masam manis dimakan bersama nasi memang membolehkan kita bertambah nasi berpinggan-pinggan.
Jadi, untuk resepi kali ini, kami ingin berkongsi satu resepi untuk masak siakap stim limau tetapi menggunakan kaedah tumis darat tau.
Tumis darat bermaksud bahan-bahan ditumis asing daripada masakan. Selepas ditumis, tumisan diasingkan terlebih dahulu. Apabila memasak, barulah dimasukkan tumisan itu ke dalam masakan.
Jom kita rujuk resepi siakap stim limau tumis darat ini!
Ini Cara Masak Siakap Stim Limau Guna Kaedah Tumis Darat, Lauk Ringkas Tapi Rasa Masam Manis Sedap!Bahan-Bahan:minyak masak untuk menumis3 ulas bawang putih (hiris)2 inci halia (hiris)1 ekor ikan siakap2 cawan air2 sudu besar sos tiram1 labu bawang besar (potong 6 bahagian)1 batang serai (diketuk)5 tangkai cili padi (belah 2)2 biji asam boi putihgaram secukup rasadaun limau purut secukupnyadaun sup secukupnya1 biji limau nipis (potong nipis dan perah airnya)
Cara Penyediaan:Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih dan halia sebentar. Matikan api.Sediakan pengukus. Panaskan air. Letakkan loyang dalam pengukus. Dalam loyang, letakkan ikan, air dan sos tiram.Kemudian, masukkan bahan tumisan tadi.Masukkan bawang besar, serai, cili padi, asam boi putih dan garam.Tutup pengulus dan biar sehingga ikan masak lebih kurang 20 minit.Buka pengukus, tabur daun limau purut dan daun sup. Letakkan juga air perahan limau nipis.Tutup api.
Dah siap kita punya siakap stim limau menggunakan kaedah tumis darat ni. Senang je kan? Jom buat dekat rumah. Ikut je bahan dan cara penyediaan yang ditunjukkan ni tau.
Selamat mencuba buat semua!
Sumber: Syira Lokman
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Masak Sambal Tumis Berlada Ajaran Arwah Nenek, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.