23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Ini Cara Tempah Utk Orang Baru


Nak sewa kereta masa cuti? Socar ini cara tempah kereta sewa yang murah.

Sebabnya, kereta boleh disewa ikut jam, bukan ikut hari macam menyewa kenderaan biasa.

Keretanya pun selalunya kereta baru.

harga kereta sewa socar

Cara Sewa Kereta Guna Socar

Download App & Register

Kalau anda nak sewa, kami sarankan anda register seawal mungkin sebelum tarikh anda nak sewa. Sebab ia perlukan dokumen tertentu.

Pertama sekali anda download aplikasinya.

Kemudian register dan ikut langkah yang diminta. Ia akan minta anda snap gambar lesen, IC dan selfie sebelum anda mula menempah kereta.

Nota : Kalau lesen anda P, anda tak boleh sewa kereta Socar.

Pilih Kereta

Okay, kalau anda sudah settle semua itu dan telah disahkan oleh Socar (ambil masa 24 – 48 jam), anda sudah boleh tempah kereta berdekatan anda.

Buka GPS telefon anda. Kemudian buka aplikasi Socar. Ia akan tunjuk lokasi kereta-kereta sewa yang terdekat dengan lokasi anda.

browse kereta socar

Anda akan dapat lihat berapa petrol yang ada dalam kereta itu, harga sewaan untuk 1 jam dan lokasinya.

Pilih kereta yang sesuai untuk trip anda. Dan mula sesuaikan tempahan anda dengan berapa lama dan berapa jauh anda akan gunakannya.

Beli Milage

harga sewa socar

Dengan Socar, anda dikenakan kadar sewaan untuk 2 perkara – berapa lama dan berapa jauh anda nak gunakan kereta sewa mereka.

Berapa Lama : Harga sewaan anda adalah mengikut jam. Lain model kereta, lain harganya.

Berapa Jauh :  Anda juga akan dikenakan charge mengikut berapa jauh anda menggunakannya. Untuk lebih murah, beli mileage mengikut pakej yang sesuai dengan jarak trip pergi balik anda.

Beli Damage Waiver

Malang tak berbau. Dengan Socar and wajib beli Damage Waiver.

Anda juga boleh Damage Waiver yang cover lebih tinggi. Supaya kalau terjadi kemalangan semasa kereta sewa dalam jagaan anda, anda tak perlu bayar banyak untuk kerosakan.

Lagi-lagi kalau anda sewa kereta macam BMW atau Mini.

Buat Bayaran

Kalau anda puas hati dengan kereta dan yang anda pilih, tiba masa untuk bayar.

Jangan lupa klik Promo untuk tengok kalau-kalau ada promosi yang boleh diguna untuk jimatkan lagi duit anda.

socar promo tab

Untuk bayar, boleh guna Grabpay atau kad kredit / debit. 

Bila anda sudah buat bayaran, kereta yang anda tempah akan muncul dalam bahagian Booking/Upcoming.

Sekarang anda cuma tunggu masa untuk ambil kereta.

Tips : Kami lebih suka guna Grabpay untuk membayar sebab kami tak mahu maklumat kad kami bocor kalau-kalau ada masalah keselamatan.

Waktu Kutip Kereta

Datang awal sebelum tiba masa ambil kereta. 

Lihat keadaaan luar kereta dan kenalpasti bahagian yang rosak, calar, kemek.

Nanti anda akan diminta ambil gambar kenderaan untuk dihantar ke Socar.

Ia dibuat setiap kali tempahan supaya mereka tahu keadaan kereta sebelum anda mula memandu.

socar inspect kereta

Tunggu Kunci Muncul

Anda tak perlu tunggu sesiapa dari Socar datang hantar kunci. 

Sebab untuk buka dan tutup pintu kereta, tiada kunci fizikal diperlukan.

Anda akan guna aplikasi Socar dalam handphone anda saja.

kunci kereta socar

Ikon kunci hanya akan muncul sekitar 10 minit di aplikasi Socar sebelum masa tempahan anda bermula.

Nota : Ia warna biru — seakan bentuk gitar.

Nak buka atau kunci kereta sewaktu ia dalam sewaan anda, guna kunci itu saja.

kunci socar

Ikon kunci ini akan terus ada semasa sewaan.

Ia hilang sendiri beberapa minit selepas tamat waktu sewaan anda.

Nota : Nak hidupkan kereta, tekan dan tahan brek. Kemudian tekan butang Start di kereta. Sekarang anda sudah boleh bawa kereta sewa ini ke mana-mana.

Waktu Hantar Kereta

hantar kereta sewa socar

Bila hantar, anda perlu buat benda yang sama waktu mengambilnya. 

Bila anda tekan butang return, ia akan minta anda ambil gambar bahagian depan, tepi kiri dan kanan, juga belakang.

Hantar kepada mereka melalui apps. Jangan lupa lock kereta anda. 

Minta Ganti Duit Petrol

socar ganti petrol

Sepanjang anda gunakan kereta ini, anda mungkin perlu isi petrol. Pastikan anda simpan resit petrol anda itu. 

Sebelum pulangkan kereta, ambil gambar resit di tepi roadtax kereta. Kemudian klik kepada Booking anda dan klik Fuel Reimbursement.

Hantar gambar tadi beserta maklumat bank anda. Duit yang anda guna untuk isi minyak tadi akan dipulangkan ke akaun bank (10 – 14 hari bekerja) atau sebagai Wallet Credit Socar anda ( 1 hari).

Beza Socar dgn Sewa Kereta Biasa

Tak Jumpa Manusia

soar zone

Nak sewa kereta dengan Socar, anda tak perlu jumpa sesiapa. 

Dari waktu anda book kereta, bayar duit sampailah untuk hantar kereta dan claim duit minyak, semuanya pakai aplikasi Socar saja.

Ada Promo

promo socar

Berbeza dengan sewa kereta biasa, Socar selalu ada promo. Jadi jangan lupa jenguk kat situ sebelum tempah kereta mereka.

Telefon Kena Ada

Pastikan anda jaga phone anda sentiasa. 

Kalau hilang, haru nak hubungi Socar atau hantar kereta. 

Dan bawa kabel untuk charge telefon anda semasa memandu. 

Petrol Socar Tanggung

bayar petrol socar

Kalau anda menyewa kereta biasa, semua kos petrol, anda yang tanggung.

Tapi Socar berbeza. Sebab mereka ganti semula duit petrol anda.

Cuma anda kena pastikan anda dapatkan resit petrol dan buat reimbursement di aplikasinya.

Nota : Jangan lupa siapkan kad TnGo sendiri kalau anda nak bawa kereta anda naik highway atau masuk ke parking yang gunakan kad TnGo. 

Benda Wajib Tahu

Tak Boleh Merokok

denda rokok socar

Maaf kepada perokok / vape. Socar bukan untuk anda. Denda untuk mereka yang dilaporkan merokok/menggunakan vape semasa menggunakan Socar ialah RM 300.

Kalau kereta yang anda ambil berbau rokok, terus hubungi Chat Socar dan laporkan. Anda tidak mahu penyewa selepas anda mengatakan yang anda adalah perokoknya.

Minyak 50%

Anda sepatutnya hantar kereta sewa Socar dalam keadaan minyaknya minima separuh tangki. 

Boleh Tambah Waktu

Anda rasa anda bakal lambat? Anda boleh tambah masa untuk kereta anda ( kalau tiada penyewa lain yang menunggu kereta itu). 

Tapi denda anda adalah 2 kali harga sewaan.

Boleh Hantar dan Kutip

deliver socar

Untuk beberapa lokasi, Socar anda boleh dihantar terus kepada anda, dan dikutip dari tempat anda.

Tapi ada kos tambahan, dan ia hanya untuk lokasi tertentu saja.

Bantuan Melalui Apps

socar app

Kalau anda ada masalah, atau nak buat aduan, anda buat melalui aplikasinya. Ada tempat untuk chat dengan mereka.

Tak kisahlah samada barang tertinggal (Socar kata buah strawberry, kuih raya dan underwear adalah 3 benda paling kerap ditinggal dalam kereta mereka) atau kereta rosak, semua contact anda dan mereka ialah melalui aplikasi.

Basuh Kereta

basuh socar

Kalau anda ada lebih masa, dan memang jenis berbudi bahasa, and boleh bawa kereta sewa anda ke tempat basuh kereta.

Snap gambar, dan claim kemudian. Anda akan diganti kos basuh kereta tadi dan diberi 1 jam percuma sebab buat benda ini.

Masalah Socar

Tak ada aplikasi yang sempurna. Socar pun sama.

Disebabkan interaksi anda hanya dengan aplikasi, dan anda tak jumpa manusia, kalau aplikasinya bermasalah, memang berjurai-jurai peluh dibuatnya.

Ini antara masalah yang lazim dengan Socar dan cara menyelesaikannya.

Kereta di Dalam Parking Bangunan

Kalau di KL, kereta sewa anda mungkin di tempat letak kereta bawah tanah. Sebab signal telefon anda tidak kuat, anda mungkin ada masalah masa anda nak buka atau kunci kereta.

Kalau ada masalah, buka Airplane mode. Dan buka Bluetooth anda. Ia akan cuba sambungkan anda dengan kereta sewa anda itu.

Nak keluar dari parking pun mungkin ada masalah. Sebab setengah parking di bangunan ofis perlukan passcard.

Cari dulu passcard ini kat visor. Kalau semua bahagian simpanan dalam kereta dah digeledah dan masih tiada apa-apa, contact terus Chat Socar.

Kami sarankan anda book sedikit awal kalau aplikasi Socar tunjukkan yang kereta sewa anda dalam kawasan bangunan.

Nota : Kali terakhir kami gunakan Socar versi terkini, kami dapati yang hanya sambungan Bluetooth diperlukan untuk buka, tutup dan hidupkan kereta. 

Aplikasi Buat Gila

Aplikasi Socar ada waktunya tak stabil – dari tiada tertulis no connection kepada sangkut tidak bergerak langsung.

Ini terjadi pada kami beberapa hari sebelum Hari Raya 2022. Dan kami tak berjaya mengunci kereta setelah menghantarnya. 

Kalau ikon kunci hilang atau warna kelabu, buka Airplane Mode di telefon anda. Tutup Bluetooth dan buka ia semula.

Tiada Nombor Khidmat Pelanggan Khas

Kat Socar, kalau anda perlu bantuan, anda gunakan chat. Ia tiada nombor hotline.

Sepanjang kami gunakannya, chatnya agak pantas dijawab. 

Masalah bagaimanapun timbul kalau aplikasi Socar bermasalah. Sebab chat dan semua fungsi aplikasi Socar tak dapat diguna.

Kalau ini terjadi, cara hubungi mereka adalah dengan menghantar message kepada FB Socar.

Tak Ada Tempat Khas Report Keadaan Dalam Kereta

Radio kereta sewa anda mungkin hilang tombol, seatbelt anda mungkin putus dan dashboard anda mungkin diconteng.

Masalahnya, kali terakhir kami gunakan aplikasinya, maklumbalas tentang keadaan kereta cuma boleh dibuat untuk bahagian luar kereta.

Kalau masalah anda di bahagian dalam kereta, kami sarankan anda chat dan hantar gambar sebelum memulakan perjalanan.

Takut nanti anda yang kena bayar untuk kerosakan yang dibuat oleh penyewa sebelum anda.

Minyak Petrol Sikit

Sepatutnya setiap pengguna Socar wajib pulangkan kereta dengan minyak paling kurang 50%. 

Tapi sebab pengguna Socar Malaysia ramai yang kurang sivik, banyak kereta yang rendah minyaknya.

Ini masalah kecil. Isi dulu petrol dan claim kemudian.

Apapun kelemahan Socar, kami gembira dengan adanya khidmat alternatif kereta sewa sebegini.

Yang menjadikannya baik atau buruk ialah komuniti yang menggunakannya. Kalau di Korea, keretanya terjaga, di Malaysia lain ceritanya.

kereta sewa socar

Walaupun ia ada kelemahan di sini sana, kami harap Socar dapat makin berkembang dan lebih stabil aplikasinya. Rakyat Malaysia pun harapnya gunakan Socar macam manusia.

Sebab cara menyewa kereta begini lebih murah dan membantu mereka yang perlukan kenderaan hanya beberapa jam sahaja.

Kalau anda backpacking dan nak ke tempat yang lebih selesa ada kereta, kami sarankan anda cuba.

Jadi macam mana? Bersedia nak cuba Socar Malaysia?



Sumber: www.jomjalan.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI