Siapa tak kenal bandaraya Ipoh, bandar yang meriah dengan bermacam tarikan pelancongan dan seni-seni yang unik dan klasik. Bandar ini mempunyai auranya yang tersendiri yang sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia.
Kalau anda nak bagi pengalaman yang unik kepada keluarga anda, datanglah ke Ipoh, tak menyesal punya, tempat makan banyak, kaya dengan lokasi bersejarah, tempat berhibur bersama keluarga pun bermacam-macam, hotel-hotel di Ipoh ini juga banyak yang menarik, tak percaya? Teruskan membaca senarai 19 hotel menarik di Ipoh ini.
19. WEIL Hotel Ipoh
Untuk sesiapa yang bercitarasa tinggi, WEIL Hotel Ipoh boleh dijadikan pilihan utama anda sekiranya bercuti di Ipoh. Setiap sudut hotel ini diberikan sentuhan elegan dan penuh dengan gaya.
Bilik-biliknya yang dihias dengan minimal tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang percutian.
Lengkap dengan tab mandian, sekiranya ini masih tidak mencukupi, anda boleh menuju ke kolam renang untuk bermandi-manda dengan sepuas hati. Setelah itu, bersantai pula di bahagian rooftop hotel untuk menikmati pemandangan di sekeliling yang cukup menakjubkan.
Lokasinya, cukup menarik kerana terletak bersebelahan sahaja dengan pusat membeli-belah dan banyak pilihan kedai makan tanpa perlu bergerak jauh.
📍 Alamat
Alamat: 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh
18. Regalodge Hotel Ipoh
Regalodge Hotel Ipoh adalah sebuah penginapan menarik di Ipoh yang menawarkan bilik selesa yang dihias dengan elegan dan moden. Sekiranya anda inginkan rehat yang sempurna, jauh dari kebingitan pelancong, inilah salah satu pilihan tepat.
Sambil bersantai di dalam bilik, anda boleh melayari internet dengan menggunakan wifi berkelajuan superb yang disediakan. Teringin mengunyah sesuatu sambil berehat-rehat tu? Buka sahaja minibar dan anda bakal ‘dipersembahkan’ dengan minuman dan snek percuma yang diletakkan di dalamnya. Mana lagi nak cari hotel dalam harga bajet yang sebaik ni?
Mengenai kemudahan yang disediakan pula, hotel ini memiliki spa yang lengkap dengan kolam jakuzi air panas, kemudahan steam, sauna dan peralatan senaman. Macam tak percaya dalam harga permulaan semurah ini, pelbagai kemudahan hotel 5 bintang turut ditawarkan.
Tercari-cari kedai makan yang best? Apa kata anda cuba Restoran Pakeeza yang terletak hanya 1 minit pemanduan dari hotel, nak jalan kaki pun boleh. Kedai makan lain yang terletak dalam sekitar 6 ke 10 minit pemanduan dari sini adalah seperti Assam Greenhouse dan juga Hainan Chicken Rice.
📍 Alamat
Alamat: 131, Jalan Raja Ekram, 30450 Ipoh
17. Iconic Suites & Pods Hotel
Melihat dekorasi dalamannya, barulah anda faham kenapa hotel ini diberikan nama Iconic Suites & Pods Hotel, sebab ia memang betul-betul ikonik. Rekaan dalamannya sungguh menarik pandangan mata, seolah-olah diberikan perhatian yang terperinci pada setiap sudut.
Hotel ini menawarkan bilik dalam pelbagai tema, iaitu tema yang lebih eksklusif untuk penginap dewasa hinggalah kepada tema ceria seperti kartun Frozen untuk penginapan bersama keluarga.
Tema ini diketengahkan bukan hanya melalui wallpapernya tapi juga daripada pencahayaan yang digunakan. Salah satu pengalaman percutian unik yang tak patut anda lepaskan bukan? Saiz biliknya juga cukup luas.
Lokasinya? Tak perlu pandang tempat lain lagi, cukup strategik, kerana ianya terletak berdekaan dengan MAPS Ipoh, kawasan kedai makan, pasaraya Mydin dan banyak lagi.
📍 Alamat
Alamat: 85 Jalan Meru Bestari B7, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh
16. 1969 Business Suites
1969 Business Suites adalah sebuah penginapan bergaya eksklusif dalam harga bajet yang terletak di Bandar Cyber, Ipoh. Melihat daripada dekorasi dalamannya, tidak ubah seperti berada di dalam hotel 5 bintang.
Gabungan warna tema dan pencahayaannya dapat membuatkan sesiapa sahaja yang melangkah masuk seperti berada di dalam filem James Bond, memang stylish!
Mengenai kemudahan yang disediakan, hotel ini lengkap dengan restoran yang menghidangkan sajian enak.
Terasa bersalah sebab terlebih makan? Jangan risau, anda boleh terjah sahaja gimnasium yang disediakan untuk membakar kalori. Setelah kepenatan bersenam, anda boleh berehat di dalam bilik sambil melayari internet menggunakan wifi percuma yang disediakan.
Selain itu, pihak hotel turut menyediakan khidmat shuttle untuk ke ETS KTMB Ipoh. Sekiranya anda ingin ke kawasan bandar, masa yang diambil hanyalah dalam sekitar 10 ke 15 minit.
📍 Alamat
Alamat: No.2, Jalan Lapangan Siber 9, Bandar Cyber, 31350 Ipoh
15. Majestic Ipoh
Majestic Ipoh menawarkan apartment sebuah bilik dan juga apartment dengan 2 buah bilik yang datang dalam beberapa tema berbeza.
Antaranya adalah seperti tema yang biasa kita dengar iaitu gaya Inggeris, moden dan elegan hinggalah kepada tema yang unik seperti tema Transformers, Hello Kitty dan Avengers. Dari ruang tamu hinggalah ke dalam bilik, tema ini diketengahkan dengan penuh kreatif.
Selain penginapan yang selesa dan menarik, anda juga boleh memanfaatkan kemudahan lain yang disediakan iaitu gimnasium dan juga bilik sauna.
Harganya? Cukup berpatutan kerana bermula dari hanya sekitar RM170+ semalaman untuk sebuah apartment yang serba lengkap dan dihias dengan teliti, tiada sebab untuk tak bookingkan?
📍 Alamat
Alamat: Jalan Dato Tahwil Azhar, 30300 Ipoh
14. Beds In Garden Hostel Ipoh
Dari harga serendah RM35+ semalaman anda dapat menginap di sebuah penginapan yang selesa, Beds In Garden Hostel Ipoh. Hostel? Jangan risau, di sini juga turut terdapat bilik peribadi twin, quadruple dan juga studio dupleks untuk anda yang inginkan lebih privasi, juga dalam harga bajet.
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk membuat hidangan atau minuman sendiri. Anda juga boleh sahaja singgah ke kedai 7E yang terletak betul-betul bersebelahan dengan hostel ini untuk membeli kudapan.
Seperti namanya, “Beds In Garden,” anda dapat melihat keindahan taman ringkas yang dipenuhi tumbuhan hijau di sekitarnya, suasana yang cukup santai sesuai sekali dengan mood percutian.
Antara tarikan terkenal yang terletak tidak jauh dari sini adalah seperti Muzium Han Chin Pet Soo dan juga Ipoh Parade.
📍 Alamat
Alamat: AA, Lot 3435N Jalan Jubilee, Jubilee Park, 30450 Ipoh
13. Happy 8 Retreat
Hotel yang terletak di Jalan Shah Bandar ini pada asalnya adalah sebuah tempat pameran seni-seni kayu yang kini telah diubah menjadi tempat penginapan yang menjadikan alam semulajadi dan seni sebagai satu tema yang unik.
Setiap bilik di hotel ini berlantaikan kayu dan lengkap dengan segala kemudahan yang penting untuk keselesaan anda sewaktu penginapan seperti cerek elektrik, TV, bar mini dan bilik mandinya juga lengkap dengan tab mandi.
Hotel ini adalah sebuah penginapan yang tepat buat anda yang cintakan kesenian dan sukakan suasana natural. Apa tidaknya, sinki hotel ini dibuat daripada kayu, tempat menggantung baju di bilik ini juga dibuat daripada dahan-dahan kayu, kreatif kan?
Ia juga berdekatan dengan banyak kawasan tarikan pelancong kerana terletak di tengah-tengah bandar. Anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke stesen kereta api utama di bandar ini.
📍 Alamat
Alamat: 8, Jalan Shah Bandar, Taman Happy, 31650 Ipoh, Perak
12. Palm Suite Ipoh Octagon
Palm Suite Ipoh Octagon menawarkan beberapa jenis penginapan berbeza yang boleh dipilih berdasarkan bilangan ahli keluarga yang bercuti bersama. Anda boleh memilih sama ada apartment 2 bilik tidur atau apartment dengan 3 bilik tidur yang ditawarkan bergantung kepada bilangan geng percutian anda.
Setiap apartment dihias dengan gaya yang berbeza iaitu gaya klasik Viktoria yang beraura mewah, gaya moden dan juga penginapan dengan dekorasi yang agak artsy (Art Deco) untuk anda yang berjiwa seni.
Bukan sekadar menarik untuk dilihat, tapi kemudahan yang disediakan juga bertaraf premium, terasa berbaloi setiap sen yang dikeluarkan.
Mengenai kemudahannya pula, setelah puas mencuba bermacam kedai makan best yang ada di Ipoh, anda boleh menyelamatkan badan dengan melakukan senaman di gimnasium yang disediakan. Untuk mengembalikan kesegaran pula, anda boleh berendam badan di dalam kolam renangnya yang terletak di bahagian rooftop.
📍 Alamat
Alamat: One Octagon, Jalan Raja Ekram, 30300 Ipoh
11. Grayhaus Soho Ipoh
Seperti namanya, Grayhaus Soho Ipoh adalah sebuah penginapan bergaya minimal yang bertemakan warna kelabu. Dekorasi dalamannya cukup sedap dipandang mata kerana dihias dengan simple dengan hanya menggunakan beberapa tona kelabu yang berbeza dan warna natural yang lain.
Harga yang ditawarkan juga terlampau murah untuk bilik peribadi yang lengkap dengan segala kemudahan. Keselesaan yang lengkap dalam harga bajet? Tekan butang booking cepat sebelum terlepas.
Sepanjang penginapan di hotel bajet ini, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan lain yang disediakan pihak hotel seperti dapur kongsi yang lengkap dengan perkakasan penting (termasuk water dispenser). Minuman seperti teh dan kopi pula sentiasa tersedia tanpa mengira waktu. Mengenai sarapan paginya, agak simple namun cukup untuk mendapatkan tenaga sebelum meneroka sekitar Ipoh.
Mengenai lokasinya pula, hotel ini terletak tidak jauh dari Ipoh Parade yang berjarak kurang 1 km dari sini.
📍 Alamat
Alamat: 119 Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh
10. MU Hotel
Idamkan suasana penginapan yang lebih ‘upbeat’ daripada biasa? Anda tidak tersalah membuat pilihan sekiranya memilih MU Hotel. Atmosfera di sekitar hotel ini cukup menyegarkan disebabkan oleh penggunaan warna ceria yang sejuk dipandang mata pada setiap sudut.
Bagi sesiapa yang kaki gym tu, anda tidak perlu mengabaikan aktiviti senaman walau pada waktu cuti memandangkan hotel ini juga sempurna dengan kemudahan gimnasium yang serba lengkap.
Nak bakar kalori dengan cara yang lebih chill? Apa kata kalau anda menyewa basikal yang disediakan pihak hotel? Sambil makan angin, bolehlah tingkatkan stamina sekali.
Untuk yang membawa anak kecil pula, anda boleh membawa mereka berseronok di playroom yang disediakan. Dari kanak-kanak hingga dewasa, semua peringkat umur dapat menikmati keseronokan sekiranya menginap di sini.
📍 Alamat
Alamat: No 18, Jalan Chung Onn Siew, 30250 Ipoh
9. Belakang KongHeng By DreamScape
Unik, dengan konsep retro dan minimalistik hotel ini memberikan anda satu pengalaman yang berbeza daripada penginapan yang lain. Tidak dinafikan yang rekaan dalamannya agak ‘simple’ tetapi dalam waktu yang sama memiliki auranya yang tersendiri.
Asalnya, hotel ini merupakan hostel tempat tinggal penghibur teater untuk sebuah teater yang terletak berdekatan namun teater itu telah dibakar pada tahun 50-an.
Walaupun pelbagai perubahan telah dilakukan, atmosfera klasik tempat penginapan ini tetap dikekalkan sebagai daya tarikan hotel ini. Di bahagian bumbung hotel ini terdapat kolam renang untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan sekitar bandar Ipoh.
Kawasan tarikan pelancong, Concubine Lane, hanyalah beberapa tapak dari hotel. Untuk menjamu selera, terdapat banyak kedai makan yang ‘cool’ berdekatan dengan hotel, mestilahkan, lokasi pun betul-betul di tengah Oldtown Ipoh.
Yang bestnya lagi, untuk anda yang suka minum kopi, anda akan terbau aroma kopi di sekitar hotel kerana di tingkat bawah hotel ini terdapat kedai kopi, bolehlah anda sekeluarga lepak di sini untuk minum kopi supaya terasa segar, barulah syok nak berjalan-jalan di sekitar Ipoh.
📍 Alamat
Alamat: 74, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak
8. M Boutique Station
Sebaik melangkah masuk ke hotel ini anda akan berasa seperti berada di dunia yang berbeza, manakan tidak, hotel ini memiliki ciri-ciri klasik inspirasi bar jazz.
Dengan warna-warna monokrom sebagai tema, ini adalah hotel yang sangat sesuai untuk anda yang sukakan suasana klasik yang dalam masa yang sama mempunyai atmosfera yang ekslusif.
Setiap bilik di hotel ini mempunyai hiasan dalaman yang sangat menarik hati. Sebagai sebuah hotel yang terletak di bandaraya ‘hipster’ dan terkenal dengan kopinya, hotel ini ibarat sebuah kota mini Ipoh dengan segala perincian rekaan dalaman yang menggambarkan karakter bandaraya ini.
Hotel ini bukan sahaja sejuk pada pandangan mata, malahan kelengkapan yang disediakan juga memuaskan hati, dengan kemudahan internet, televisyen, katil dan bantal yang selesa dan lain-lain lagi membuatkan harganya sangat berbaloi untuk anda yang inginkan sebuah percutian yang sempurna bersama keluarga. Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat pusat membeli-belah AEON.
📍 Alamat
Alamat: 15 – 23 Jalan Pengkalan Barat 35, Taman Pengkalan Jaya, Station 18, 31650 Ipoh, Perak
7. Golden Roof Hotel
Hotel ini bukan sahaja memberikan penginapan untuk semalaman malahan anda juga boleh menginap di hotel ini mengikut jam ataupun ‘hourly’. Boleh dijadikan tempat persinggahan setelah penat meneroka bandar Ipoh yang penuh tarikan ni.
Sebuah penginapan yang sangat selesa dengan udara yang segar dan sunyi kerana agak jauh dari kacau-bilau kota. Hotel ini lengkap dengan kemudahan televisyen bersaluran satelit, bilik air yang luas, katil yang sangat selesa dan lain-lain lagi.
Kalau anda ingin memanjakan diri, di tingkat bawah hotel ini terdapat pusat refleksologi. Bukan itu sahaja, untuk mengisi perut pula, terdapat warung dan kedai yang boleh dilawati di sekitar hotel. Pasaraya Giant dan Lost World of Tambun juga terletak dekat sahaja dari hotel. Dengan segala kemudahan yang terdapat di hotel dan di sekitar hotel ini, bayaran yang dikenakan hotel ini adalah sangat berbaloi.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Ampang Baru 6a, Kampung Ampang Baru, 31400 Ipoh, Perak
6. M Boutique Hotel
Sebuah hotel yang menarik perhatian jurugambar kerana kecantikan dan keunikan rekaan dalamannya. Menggunakan warna-warna klasik seperti coklat, putih dan hitam dalam rekaan menjadikan suasana hotel kelihatan hipster.
Penggunaan kayu di sekeliling hotel menjadikan suasana hotel tampak vintaj dan terasa lebih sejuk.
Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, kemudahan membuat air teh dan kopi, selipar, peti ais dan lain-lain lagi.
Yang menambah keunikan hotel ini lagi adalah kerana setiap bilik turut disediakan dengan radio yang kecil untuk anda menghiburkan diri anda sambil bersantai di bilik. Hotel lain ada ke?
Untuk makan pula, anda bersama keluarga patut cuba menjamu selera di The Myth Café yang terletak bersebelahan dengan lobi hotel yang terkenal dengan kopi dan keknya.
📍 Alamat
Alamat: 2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Perak
5. S Boutique Hotel
S Boutique Hotel adalah sebuah hotel yang agak simple dari segi dekorasi. Bilik-bilik di hotel ini agak luas jadi sangat sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga.
Ia juga turut dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan pengering rambut dan pemanas air. Terletak berdekatan dengan kawasan bandar yang hanya 10 minit perjalanan untuk ke Ipoh Town.
Hotel ini juga merupakan lokasi pilihan untuk anda yang datang bersama keluarga untuk berseronok di taman tema Lost World of Tambun yang hanya 20 minit dari hotel. 900 meter dari hotel ini pula anda boleh melawat Jambatan Mineral dan Geosains yang agak terkenal dalam kalangan pelancong.
Baca: 53 Destinasi Pelancongan Menarik Di Ipoh
Kalau terasa lapar setelah puas menerokai bandar Ipoh, anda boleh singgah ke Taman Ipoh dan Taman Canning di mana terdapat banyak gerai-gerai dan kedai kopi untuk anda lepak sambil mengisi perut.
📍 Alamat
Alamat: 76, Jalan Raja Dihilir, Taman Canning, 30350 Ipoh, Perak
4. French Ipoh Hotel
Terasa seperti menginap di hotel yang mahal walaupun harga yang ditawarkan sebenarnya sangat berpatutan. Rekaan dalaman yang moden dan bilik yang luas memberikan keselesaan yang diingini semua penginap hotel.
Keadaan bilik juga sangat sunyi membuatkan tidur malam anda sekeluarga sangat lena. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air hujan yang sangat menyegarkan badan.
Terletak bersebelahan sahaja dari hotel ini adalah pasar lambak Ahad yang sangat sesuai untuk anda yang ingin berjimat kerana terdapat banyak barangan ‘secondhand’ yang dijual di sini. Untuk makan-makan bersama keluarga kurang 1 km dari hotel terdapat old town food street dan dalam 0.5 km pula new town food street, tak perlulah anda risau di mana nak cari makan. Pusat membeli-belah The Store pun 3 minit je dari hotel.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak
3. Ipoh Bali Hotel
Nak pergi Bali tapi jauh sangat, apa kata kalau anda menginap di hotel ini? Sekurang-kurangnya dapatlah ‘feel’ Bali tu walaupun dekat Malaysia.
Rekaan dalaman hotel ini sangat menarik dengan perabot-perabot kayu, sangkar buluh dan dekorasi yang berinspirasikan alam semula jadi. Satu atmosfera yang menenangkan sebaik anda melangkah masuk ke hotel ini.
Hotel ini memiliki 27 buah bilik yang dihias dengan 4 tema dekorasi yang berbeza berinspirasikan rekaan dalaman Bali. Untuk melahirkan suasana Bali yang sebenar, banyak barangan hiasan yang didatangkan daripada negera Indonesia sendiri.
Kalau anda nak berekreasi dengan keluarga sambil menikmati pemandangan di Ipoh, anda boleh menyewa basikal yang disediakan pihak hotel, kalau anda nak ke destinasi yang jauh sikit, sewa kereta pun ada, semuanya ada, senangkan? Nak shopping? Pusat membeli-belah AEON dan Ipoh Parade, kedua-duanya dekat sahaja dari hotel. Nak relaks? Anda boleh mencuba khidmat spa yang disediakan di hotel ini.
📍 Alamat
Alamat: 12, Lorong Cheah Cheang Lim, 30350 Ipoh, Perak
2. Brick Box Hotel Ipoh
Lokasi strategik, dekorasi pun gempak, tempat makan? Banyak. Semuanya lengkap dengan harga yang berpatutan. Dengan harga yang ditawarkan, kualiti hotel ini ternyata melangkaui jangkaan penginapnya kerana rekaan dalaman yang sangat menarik.
Apabila anda melangkah masuk ke bilik hotel ini anda dapat melihat gabungan dinding daripada batu-bata, daripada simen yang berwarna dan di sudut lain pula dinding simen yang tidak berwarna, sangat ‘hipster looking.’ Bilik-bilik di hotel ini lengkap dengan penyejuk udara dan televisyen, agak santai.
Terletak di tengah-tengah bandaraya lama Ipoh,hotel ini berdekatan dengan stesen kereta api dan Concubine Lane yang terkenal dalam kalangan pelancong. Kalau anda nak tahu, hotel ini turut menyediakan perkhidmatan shuttle dan basikal percuma kepada para pelanggan.
Bolehlah anda berjimat dari segi pengangkutan kalau menginap di hotel ini. Untuk membeli-belah, Ipoh Parade hanya 1.5 km dari hotel dan AEON pula hanya 5 km dari hotel.
📍 Alamat
Alamat: No 31 Jalan Dato’ Maharajalela, 30000 Ipoh
1. The Banjaran Hotsprings Retreat
Percutian yang menyegarkan. Pemandangan dari hotel ini sangat menyejukkan mata lebih-lebih lagi kerana villa ini dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur, udara dari villa ini juga sangat menyegarkan.
Anda sekeluarga dapat berendam badan dalam kolam renang air panas yang dipanaskan secara semulajadi. Tak suka air panas sebab cuaca dah panas? Di sini turut terdapat mandian ais. Kalau nak bersauna sahaja pun boleh di dalam gua mandian wap yang disediakan.
Kalau anda ke spa pula, anda dapat menikmati perubatan tradisional Melayu, terapi Ayuverda dan terapi ikan untuk kaki. Kalau anda nak bersenam pula, anda boleh ke pusat kecergasan yang cukup lengkap dengan pelbagai alat senaman.
Makanan-makanan yang disediakan di villa ini sangat menyihatkan kerana segar dan organik. Kalau anda singgah ke The Juice Bar, anda dapat menikmati minuman jus sayur-sayuran dan buah-buahan yang menyegarkan.
Lokasi ini memang sempurna untuk anda yang mengidamkan percutian yang relaks dan penuh privasi.
📍 Alamat
Alamat: No. 1, Persiaran Lagun Sunway 3, 31150 Ipoh
Banyak hotel menarik di Ipoh ni dan boleh dikatakan hampir kesemuanya memiliki daya tarikan yang tersendiri. Anak-anak negeri Ipoh ini mungkin terlalu kreatif sampaikan ada juga hotel yang memiliki tema yang berbeza-beza untuk setiap bilik.
Apa yang best lagi tentang percutian di Ipoh ni adalah makanannya, banyak tempat-tempat makan yang menarik bukan sahaja di mata tapi juga pada deria rasa, memang rugi kalau anda tak datang ke sini.
Kalau anda rasa harga-harga hotel ini sedikit lari dari bajet yang anda ada, anda boleh baca artikel kami tentang 25 hotel murah di Ipoh supaya dapatlah anda datang ke Ipoh walau macam manapun keadaan ekonomi sekarang ni.
Selain itu, kalau anda teringinkan tawaran harga yang terbaik untuk hotel-hotel yang disenaraikan, anda boleh layari laman web booking.com, di sini, anda akan mendapat harga yang terbaik untuk penginapan sewaktu percutian anda.
Akhir kata, terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel, saya berharap artikel ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda dalam merancang percutian. Semoga anda mendapat sebuah percutian yang sempurna di Ipoh nanti.
Sumber: www.maisinggah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.