28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Ini Dia Cara Buat Asam Pedas Ayam Kuah Pekat Melikat, Rahsia Penyediaan Yang Ramai Kena Cuba Try!

Biasanya, asam pedas dimasak menggunakan ikan sebagai bahan utamanya. Namun, apa kata kalau guna ayam pula. Sedap juga dan terangkat kalau kena. Nak tru penyediaan asam pedas kuah pekat melikat? Perkongsian dari Ummi Atiyah ni memang patut dicuba semua!

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg ayam basuh bersih
  • 20 batang cili kering (rebus buang biji)
  • *3 biji bawang putih
  • *1 inci halia
  • **1 inci kunyit basah
  • *1 biji bawang besar
  • *5 helai daun limau purut (buang tulang)
  • *1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)
  • *sebatang serai (tumbuk sekali)
  • 2 biji tomato
  • 1 ketul kecil gula melaka
  • air asam jawa secukupnya
  • daun kesum
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Kisar halus bahan-bahan bertanda * . Tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak.Masukkan gula melaka kemudian air asam jawa & tomato. Biarkan masak lagi.Kuah dah agak pekat merah kehitaman macam tu. Tomato dah sebati bersama kuah bolehlah masukkan ayam & perasa dengan garam.

Masak hingga ayam empuk. Akhir sekali masukkan daun kesum dan gaul rata. Lepastu tutup api. Sedia dihidang.asam pedas ayam kuah pekat melikatasam pedas ayam kuah pekat melikatasam pedas ayam kuah pekat melikat

Dah siap asam pedas ayam kuah pekat melikat kita. Memang kena cuba tau resepi ini untuk merasai sendiri kenikmatannya. Memang padu makan dengan putih dan telur masin bersama sayur goreng! Semoga perkongsian ini bermanfaat ya.

Kredit: Ummi Atiyah

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI