29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Ini Dia Makanan Yang Boleh Sebabkan Sembelit

Kalini makanan apa yang boleh menyebabkan masalah sembelit berlaku. Makanan ini semua biasa anda ambil setiap hari tanpa anda sedar ia menjadi punca sembelit. 

10 Jenis Makanan Yang Sebabkan Sembelit

1. Kafein

Minuman berkafein seperti kopi boleh menyebabkan sembelit kerana ia adalah diuretik iaitu mengurangkan air dalam badan. Badan boleh mengalami dehidrasi jika anda kerap mengambilnya dan kurang mengambil air putih.

2. Nasi Putih

Boleh menyebabkan sembelit sebenarnya kerana tiada lagi nutrisi dan serat dalam nasi putih. Semua sekam, dedak dan bakteria telah dibuang. 

3. Roti Putih

Paling biasa dimakan setiap hari. Tinggi kanji dan rendah fiber boleh menyebabkan sembelit. 

4. Alkohol

Walau hanya meminum sedikt alkohol boleh menyebabkan sembelit. Jika lagi banyak minum alkohol boleh membawa kepada dehidrasi dan berisiko untuk mendapat sembelit. 

5. Daging Merah

Juga boleh membawa kepada masalah sembelit kerana ia tinggi zat besi dan tinggi lemak jadi sukar untuk dicernakan.

6. Makanan Ringan

Contohnya biskut, coklat dan ais krim tinggi lemak dan kurang kandungan fiber boleh meningkatkan risiko untuk sembelit. Kandungan garam yang tinggi dalam makanan ringan juga boleh mengurangkan air dalam najis sekaligus menyebabkan anda sukar untuk membuang dan najis keras. 

7. Coklat

Dikatakan menganggu proses pencernaan kerana kandungannya tinggi lemak. Ia juga melambatkan pengecutan otot (peristalsis) dan sekaligus melambatkan makanan yang bergerak melalui usus.

8. Susu atau Produk Tenusu

Ada sesetangah orang kan mendapat sembelit bila mengambil produk berasaskan susu. Ini berlaku mungkin sensitif terhadap protein haiwan / protein dalam susu lembu. Ada juga yang alah terhadap susu lembu. 

9. Makanan ada Gluten

Gluten ialah protein yang ada dalam bijian seperti barli dan gandum. Ada orang akan mengalami sembelit apabila mengambil makanan tinggi gluten. Makanan tinggi gluten juga boleh menganggu sistem imun dan boleh mencederakan usus. Contoh makanan ada gluten seperti makanan berasakan tepung, roti. 

10. Kerepek Kentang

Walaupun sedap kerepek kentang tinggi garam, rendah serat dan kurang nutrisi boleh menganggu masalah penghadaman yang menjadi punca sembelit tanpa anda sedar. 

Jika anda sering mengalami sembelit atau sudah lama ada sembelit, cuba semak balik makanan yang ada makan. Boleh jadi makanan ini semua yang menjadi punca anda sukar membuang dan sebelit sejak sekian lama. 

Baca juga:

Makanan yang baik untuk bantu sembelit

Apakah sembelit

5 mitos dan fakta sembelit

Atasi sembelit masa hamil

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI