Nasi minyak menjadi antara menu pilihan ramai. Selalunya time anak-anak ziarah balik kampung, ibu-ibu akan sibuk menyediakannya khas untuk anak-anak. Tak lengkap pula hidangan itu tanpa ayam kurma kesukaan ramai.
Terdapat banyak resepi yang anda boleh cuba tapi wajib cuba resepi ayam masak kurma kelantan ini. Sangat mudah dan tentunya lebih sedap dari yang lain. Ini caranya.
Bahan-Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 5 ulas bawang merah (dimayang)
- 4 ulas bawang putih (dimayang)
- 4 ulas bawang merah (dikisar)
- 1 inci halia (dikisar)
- Bawang besar
- Rempah kurma
- Asam keping
- Santan pekat
- Tomato
- Ubi kentang
- Gula
- Garam
- Rempah tiga sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga)
Cara penyediaan
Kisar bawang merah dan bawang putih. Tumis rempah 3 sekawan dan bawang merah serta bawang putih yang dimayang. Lepas dah kekuningan masukkan bahan kisar. Biarkan seketika sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air suam. Tumis sehingga keluar minyak.Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Biarkan seketika sehingga ayam kecut dan keluarkan minyak.
Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan tomato, kurma, asam keping dan perasa dengan gula dan garam.
Biarkan menggelegak sekejap dan siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja nak buat ayam masak kurma Kelantan ini. Jadi untuk Hari Raya nanti, jangan lupa untuk hidangkan bersama nasi minyak yang disediakan.
Selamat mencuba!
Kredit: Resepi Yani
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.