25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Ini Dia Resepi Kari Udang Nenas, Rasa Pekat Masam Kuah Penambah Selera Makan

Bosan dengan masakan gulai biasa? Jom kita cuba masak kari udang campur nenas ni. Memang sedap makan dengan nasi panas-panas.

Perkongsian resepi kari udang nenas dari Nanie Kuzaifah ni nampak ringkas, tapi menghasilkan rasa yang luar biasa.

Resepi Kari Udang Nenas, Rasa Pekat Masam Kuah Penambah Selera Makan

Bahan-Bahan:

  • 500 gram udang kertas saiz besar
  • 1 biji nenas saiz sederhana – dibersih dan dipotong kecil
  • 2 cawan pati santan – boleh tambah
  • 1 cawan santan cair
  • 1 peket rempah kari udang – cap Adabi
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 batang kayu manis – 2cm
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1 biji bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar kerisik
  • garam dan air asam jawa secukup rasa

Cara Penyediaan:

Bersihkan udang dan buah nenas kemudian kupas semua bawang, halia dan dimayang halus. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari, bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk. Bila bawang sudah layu, masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.

Jika rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak.

Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan air asam jawa secukup rasa, kerisi secukupnya, semua buah nenas dan kacau.

Masukkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan udang masak baru la ditutup api dapur. Jangan masak terlalu lama nanti udang terover masak serta menjadi liat.

kari udang nenas kari udang nenas kari udang nenas

Dah siap kari udang nenas kita. Boleh makan dengan nasi panas-panas memang sedap! Rasa masam kuah daripada nenas menjadi penambah selera. Kalau ada lauk ni, boleh bertambah nasi berkali-kali tau. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber: Nannie Kuzaifah

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI