30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022
spot_img

Ini Dia Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap! Sekali Cuba Terus Ketagih!

Bagi peminat seafood terutamanya kerang, anda mesti pernah cuba kerang rebus dan kerang bakar, kan?  Pernah cuba tak kerabu kerang ala thai? Rasa yang pedas dan masam manis memang padu bila dinikmati. Hidangan ini masih lagi terkenal di kalangan peminat masakan Thai dan boleh dinikmati tak kira waktu.

Jika anda nak tahu cara sediakan kerabu kerang ala Thai, boleh lah cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraizah Zulkifli. Sangat mudah dan enak. Jom baca untuk ketahui perkongsian penuh olehnya.

Resepi Kerabu Kerang Ala Thai

Bahan-Bahan

  • 1 kilo kerang
  • 5 biji cili api (ditumbuk)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk)
  • 1 inci belacan (dibakar dan ditumbuk bersama cili)
  • 3 biji limau kasturi
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • 1 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • Daun ketumbar

Cara-Cara Penyediaan

  • Basuh kerang dan rebus kerang sehingga terbuka atau masak.
  • Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dair peti untuk elakkan kerang jadi kecut. Cara ini juga dapat buat kerang anda nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
  • Satukan air asam jawa, cili api, cili merah dan belacan bakar yang ditumbuk, sos ikan, cili api, tomato, garam dan gula dalam bekas yang sesuai.
  • Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
  • Akhir sekali, perahkan limau kasturi, campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan daun ketumbar serta gaul sehingga sebati.
  • Siap dan sedia untuk dinikmati.

kerabu kerang ala thai

Nanti bila anda beli kerang, boleh cuba resepi ini. Sangat mudah untuk disediakan dan yang penting memang puas hati. Rasa ketagih nanti bila cuba.

Selamat mencuba.

Kredit: Zuraizah Zulkifli

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI