26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

Ini Dia Resepi Kuih Tepung Kapur Terengganu Asli, Makanan Tradisi Yang Tak Patut Dilupakan

Malaysia memang terkenal dengan aneka kuih-muih. Setiap negeri mempunyai kuih sendiri. Di negeri Pantai Timur, terutamanya Terengganu, Kuih Tepung Kapur sangat digemari.

Namun, ia semakin dilupakan dan sangat sukar untuk ditemui. Dari penat tercari-cari, di sini kami ingin berkongsi resepi kuih tepung kapur Terengganu yang telah diolah oleh Azuani Haslinda Ab Halim di grup Masakan Terengganu. Ringkas sahaja, jom ketahui caranya!

Jom Cuba Resepi Kuih Tepung Kapur Terengganu Asli, Makanan Tradisi Yang Tak Patut Dilupakan

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 atau 1/2 keping Nisang kerek yang besar atau Gula Melaka (ikut tahap kemanisan masing-masing)
  • 1 sudu air kapur makan
  • Garam secukup rasa
  • Kelapa parut
  • Sehelai daun pandan

Nota: Sukatan air dan tepung pakai cawan yang sama ya.

Cara-caranya

  • Panaskan air, letak sehelai daun padan dan masakkan nisang atau gula melaka sehingga cair, biarkan sejuk.Masukkan air nisang atau air gula melaka tadi ke dalam tepung gandum. Pastikan air tersebut betul-betul sejuk, kemudian tapiskan. Masukkan tepung sedikit-sedikit ya, kacau rata. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat macam nak buat adunan jemput-jemput. Air kapur jangan lupa letak, gaul rata sehingga sebati.

Kuih Tepung KapurAdunan boleh dikukus atau rebus. Kalau rebus, boleh guna 2 cara; boleh bungkus dalam daun pisang dan rebus, pastikan dibungkus dengan kemas, jangan bagi masuk air. Rebus selama 1 jam atau sehingga masak. Kuih Tepung KapurDah siap rebus, tunggu sejuk dahulu baru potong.Letak sedikit garam dalam kelapa parut dan gaul sebati, boleh lah masukkan tepung kapur tersebut dan gaul dengan kelapa. Sedia untuk dimakan. Kuih Tepung Kapur Kuih Tepung Kapur

Akhirnya dah siap kuih tepung kapur ini. Sangat mudah sahaja seperti yang dijanjikan, rasanya pun sangat sedap jadi memang kerugian kalau anda tak membuatnya.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Azuani Haslinda Ab Halim di grup Masakan Terengganu

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI