23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Ini Dia Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Cencaru Yang Confirm Enak


Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Cencaru

Bahan-Bahan:

  • 4 ekor cencaru (siang dan basuh bersih, kalau besar, potong 2, gaul garam kunyit dan goreng garing. Angkat dan ketepikan)
  • minyak goreng ikan tadi
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • 1/2 inch kunyit hidup
  • air secukupnya
  • 1 sudu belacan
  • 2 sudu serbuk lada hitam kasar
  • 2 senduk cili blend kisar
  • 1 sudu asam jawa xtra adabi
  • garam secukup rasa
  • air gula melaka secukupnya
  • daun kesum
  • 3 batang bunga kantan
  • 1 sudu cukup rasa maggi

Cara Memasak:

1. Blend bebawang, halia dan kunyit hidup dgn sedikit air sampai lumat. Panaskan minyak goreng ikan tadi. Tumis bahan blend sampai garing.

2. Masukkan belacan dan lada hitam. Kacau. Tambah cili blend. Kacau sampai garing dan pecah minyak. Tambah air dan masukkan asam jawa, air gula melaka dan perasakan dengan garam. Kacau dan biar mendidih.

3. Tambah bunga kantan dan daun kesum. Kacau dan biar mereneh sampai mendidih. Perasakan dengan cukup rasa. Kacau dan masukkan ikan cencaru goreng. Kacau sekejap. Tutup api. Done.

Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Cencaru

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo


Sumber: resepibonda.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI