26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

Ini DIa Resepi Sambal Goreng Jawa, Memang Sedap Sangat Bila Makan Dengan Nasi Panas-Panas!

Sambal sudah menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Setiap individu mempunyai resepi dan kelainan masing-masing.

Di sini, kami ingin berkongsi resepi sambal goreng jawa yang telah dikongsikan oleh Nor Seri Azlina Bustani di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Nampak sangat menyelerakan, jom cuba!

Resepi Sambal Goreng Jawa, Sedap Sangat Bila Makan Dengan Nasi Panas-Panas Sampai Tak Perasan Orang Lalu

Bahan-bahan

  • Kacang panjang (dihiris nipis serong)
  • Tauhu (potong dadu dan goreng)
  • Kentang (potong dadu kecil dan goreng)
  • Tempe (potong dadu dan goreng)
  • Bawang merah (hiris dan goreng, asingkan)
  • Bawang putih (hiris dan goreng, asingkan)
  • Halia (hiris nipis-nipis sedikit sahaja)
  • Cili merah atau hijau besar (hiris)
  • Ikan bilis (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • Suun (goreng atau rebus pun boleh)
  • Pucuk tauhu (rendam atau rebus sampai lembut, toskan)
  • Santan kotak (setengah kotak, tak perlu banyak)
  • Garam
  • Gula (ikut citarasa)
  • Kicap manis
  • Serbuk perasa

sambal goreng jawa

sambal goreng jawa

 

Cara-caranya

  • Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Masukkan santan, halia, bawang yang telah digoreng.
  • Kemudian, tambahkan kicap, garam, perasa, gula, kacang panjang, tempe, tauhu, kentang, suun, pucuk tauhu. Gaul sehingga rata.
  • Kemudian, matikan minyak dan toskan minyak.
  • Siap dan hidangkan untuk semua.

sambal goreng jawa

 

Dah siap sambal goreng jawa ini, ia paling sedap bila digaul bersama nasi putih dan dimakan dengan begitu sahaja. Sedapnya tak terkata!

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan pada semua.

Kredit: Nor Seri Azlina Bustani di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI