26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Ini Dia Resipi Chili Oil Dengan 3 Bahan Saja Untuk Padanan Semua Jenis Juadah

Siapa yang suka makan pedas tapi ada ahli keluarga yang tak boleh tahan makanan pedas? Jadi, terpaksalah masak kurang pedas kan? Sesetengah orang suka padankan dengan sambal belacan. Tapi, anda juga boleh cuba resipi Chili Oil yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini! Resipi Chili Oil ini gunakan TIGA bahan saja dan boleh dipadankan dengan hampir semua juadah. Jom kita lihat cara-caranya!

Resipi Chili Oil Gunakan 3 Bahan Saja:

Bahan-Bahan
  • 2 sudu besar chili flakes (Ghocugaru): https://shp.ee/xzf562v
  • 4 sekawan
  • 7 ulas bawang putih dicincang halus, lagi halus lagi rangup.

Boleh guna mesin kisar tangan/manual: https://shp.ee/g59kgev

Boleh guna mesin kisar tangan/manual: https://shp.ee/g59kgev

Cara Penyediaan

1. Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.

2. Masukkan dahulu 4 sekawan.

3. Kemudian masukkan bawang putih. Gaul dan masak.

4. Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan ya sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.

5. Masukkan chili flakes dan 2 cubitan garam halus untuk rasa sedikit masin.

6. Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.

7. Simpan dalam botol lepas chili oil sejuk pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.

8. Padankan dengan juadah kegemaran anda!

Selamat Mencuba!

Ha, senangkan? Tapi kena pandai kawal api dan timing. Tak mahu bawang putih hangus, dan tak mahu chili nampak hitam. Jadi, pastikan anda tengok je kuali tu masa masak, jangan toleh sana-sini. Bergurau saja! Tapi, kalau anda cuba resipi ini, jangan lupa komenkan hasil anda dibawah ya? Selamat mencuba, Foodies!

Sumber: Zurina Zulkifli (Facebook)

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI