26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Ini Dia Resipi Mi Goreng Lada Hitam Style Orang Jawa, Memang Rasa Lain Dari Mi Goreng Biasa

Biasanya, jika kita masak mi goreng, selalu rasa yang sama je kan? Jadi kali ini, jom kita masak mi goreng lada hitam yang lain dari lain. Ia merupakan menu dan resepi yang dikenalkan dari Orang Jawa.

Resepi mi goreng lada hitam ini dikongsi oleh Azlina Ina untuk rujukan umum. Ayuh cuba sama-sama.

Mi Goreng Lada Hitam Style Orang Jawa, Memang Rasa Lain Dari Mi Goreng Biasa

Bahan-Bahan:

  • Mi kuning
  • 1 labu sederhana besar
  • Bawang besar
  • 3 tangkai cili besar – hiris serong
  • 5 tangkai cili padi – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 3 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar, boleh guna serbuk lada hitam tapi rasa kurang kaw)
  • Sos cili
  • Kicap lemak manis
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan-Bahan Lain:

  • Isi ayam – potong dadu
  • Fish cake potong dadu
  • Telur 2 biji
  • Sawi
  • Taugeh
  • Tomato dibelah

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dihiris kecuali lada hitam. Bila dah layu masukkan ayam dah fishcake.
  • Bila ayam dan fishcake dah masak ketepikan semua, pecahkan telur. Kacau hingga rata dan masukkan mi yang dah direndan dengan air suam. Masukkan juga lada hitam dan gaul rata.
  • Tambah 2 sudu besar gula dan kacau rata. Tambah 7-8 sudu besar sos cili dan gaul. Seterusnya tambah kicap lemask manis dan sedikit air.
  • Biar seketika supaya semua bahan diserap sebati dengan mi. Kemudian baru tambah garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali masukkan sayur dan gaul rata. Dah siap boleh makan.

mi goreng lada hitam mi goreng lada hitam 2022 07 30 08h26 12

Siap sudah mi goreng lada hitam kita. Bila tak tahu nak masak apa untuk sarapan atau makan petang dengan teh o panas tu, boleh masak mi goreng ni tau. Sedap! Confirm semua makan sampai licin.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Azlina Ina

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI