26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Ini Rahsia Untuk Elakkan Satay Goreng Cepat Masam. Petua Mak-Mak.

Jarang kita dengar satay goreng sebab yang biasa kita makan tentulah satu bakar. Ada mak-mak yang lebih suka perap sendiri dan tak kurang yang tempah siap-siap untuk sebarang majlis.

Rupa-rupanya, satay goreng pun lebih kurang sama saja perapan dengan satay bakar. Yang bezanya, mak-mak masak dalam kuali dan yang bakar pula dengan arang supaya aromanya semerbak.

Nanti, mak-mak tak perlulah nak pening kepala memikirkan hidangan apa untuk sebarang perayaan. Cuma perap 1 jam dan boleh disediakan untuk tetamu. Siap boleh buat stok lagi kat rumah.

Ini cara mudah resipi yang dikongsikan oleh Nurhayati Abd Malek dalam menyediakan satay goreng di rumah.

Satay Goreng Cara Ummi

Jarang kita dengar satay goreng sebab yang biasa kita makan tentulah satu bakar. Ada mak-mak yang lebih suka perap sendiri dan tak kurang yang tempah siap-siap untuk sebarang majlis.

Kalau musim raya dan tak tahu nak mask apa, bilehlah cuba satay goreng.

Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inch kunyit hidup
1 inch lengkuas
1 inch halia
1 senduk serbuk kunyit
2 senduk gula putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 senduk minyak untuk menggoreng
Sedikit garam

Cara Membuat:

1. Potongkan daging memanjang begini. Orang kata potong dengan cara melintang uratnya, barulah tak liat.

2. Begitu. Selepas potong kenalah bersihkan.

3. Kisarkan semua bawang, kunyit, serai, Lengkuas dan halia kemudian masukkan ke dalam potongan daging.

Waktu masukkan ni saya taburkan sekali serbuk kunyit.

4. Masukkan gula. Inilah petua dan tip yang arwah ummi pesan, satay ini kalau kurang gula ia akan jadi cepat masam. Jadi, kena letak gula banyak sikit. Namun ikutlah citarasa masing-masing.

5. Ini ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Masukkan sekali harung selepas cuci tu. Sangai sekejap.

Sangai = Goreng tanpa minyak

Pastikan sangai hingga naik bau ya. Benda ni penting tau. Tak ada ini tak ada rasa sate.

6. Kemudian kisarkan. Guna pengisar kering. Dulu dulu kami tumbuk guna lesung. Sekarang ini, blend saja.

7. Masukkan begitu dalam hirisan daging tadi. Gaul. Perap dalam 1 jam ke atas. Lagi lama lagi sedap. Masuk fridge tau.

364172
7.

8. Kemudian masukkan minyak dalam 1 ke 2 senduk dan gorengkan sataynya begini. Cara masak sama macam rendang. Kena tutup kualinya, api sederhana. Kemudian kacau kacau sekejap. Bila dah mendidih, barulah perisakan garam.

Tips untuk hasilkan daging yang lembut, jika daging belum empuk, masukkan ½ cawan air dan masak lagi sehingga empuk.

9. Sementara tunggu daging empuk kita masakkan ketupat segera. Wanginya ketupat

10. Masakkan kuah kacangnya sekali. Ini sudah tentu pelengkapnya.

11. Siap…Inilah hasilnya. Insya-Allah, memang sedap sangat.

Selamat mencuba!

MW: Tak semestinya masa raya saja baru nak buat, bila-bila pun boleh, buat banyak dan simpan dalam peti ais, tetamu datang terus goreng.

Sumber: Nurhayati Abd Malek

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI