Apam nasi memang sinonim dengan kuih yang dikenali ramai dalam kalangan masyarakat kita kan? Bila ada lebihan nasi je, mesti ada di kalangan kita yang buat apam nasi ni.
Cara buatnya yang ringkas menyebabkan kuih ini menjadi antara pilihan kuih di Malaysia.
Tapi, walau cara buat kuih apam nasi ni senang, bila dah buat hasilnya kurang menjadi. Apam kecut, bantat antara masalahnya. Tak gebu macam kita beli di kedai.
Jadi, untuk perkongsian kali ini, min nak kongsi semula perkongsian oleh Janna Hanie ni. Dia berkongsi ilmu tentang memastikan apam nasi yang dibuat akan menjadi gebu gebas dengan cara dan tips yang betul.
Ini Rahsianya! Tips Kuih Apam Nasi Supaya Jadi Lebih Gebu. Nak Merekah Cantik Kena Guna Cara IniBahan-Bahan:1 cawan nasi sejuk1 cawan tepung gandum1 cawang tepung beras1 cawan gula (kalau tak suka manis, boleh kurangkan)1 cawan air1 sudu makan yis (separuh paket yis kering)Cara Penyediaan:Kisar nasi, gula, air sampai halus.Kemudian campur dengan tepung gandum, tepung beras dan yus. Gaul sebati.Perap adunan sampai nak sekali ganda. Baru masukkan dalam acuan dan kukus (saya perap 1 jam sahaja).Jika nak hasil apam yang gebu dan pecah kukus, guna api besar. Tips Dapat Apam Yang Cantik:Acuan jangan sapu minyak.Isi adunan penuh acuan.Kukus 10 minit (acuan kecil), kalau acuan besar (kukus lebih sikit masa dalam 15-20 minit).
Haaa siap sudah kuih apam nasi kita. Sebelum ini buat aoam jadi bantat atau bila buka penutup apam jadi kecut kan? Tapi, korang dah ada resepi dan tips ini, boleh cuba dan rujuk petua ini pula.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba dan menikmati semuanya!
Sumber: Janna Hanie
Baca juga: Resepi Ringkas Cucur Udang Maggi, Rasa Sedap Makan Sampai Tak Henti!
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.