Jika dilihat, orang Asia sangat menggemari penggunaan chili oil dalam masakan mereka, terutamanya masakan negara China. Rasanya yang pedas serta berempah menjadi pelengkap mana-mana hidangan. Ia juga sering diletakkan dalam sup atau dumplings.
Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri, anda boleh cuba resepi garlic chili oil yang telah dikongsikan oleh Zurina Zulkefli. Resepi yang sering diminta ramai, inilah caranya.
Resepi Garlic Chili Oil
Bahan-Bahan
- Bunga cengkih
- Bunga lawang
- Kayu manis
- Buah pelaga
- Bawang putih
- Chili flakes
- Garam halus
Cara Penyediaan
Panaskan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil tak boleh guna api yang besar, nanti cepat hangus.
Masukkan dahulu bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
Kemudian, masukkan bawang putih. Gaul dan masak seketika.
Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan sebab kita tak nak bawang putih rasa pahit.
Masukkan chili flakes dan 2 cubitan garam halus. Kemudian, terus padamkan api. Jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus dan kehitaman.
Siap untuk dinikmati.
Mudah sahaja untuk menyediakan garlic chili oil sendiri, kan? Sangat sesuai digunakan dalam pelbagai resepi, kalau anda seseorang yang sangat menggemari makanan pedas, boleh lah tambahnya dalam masakan.
Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan pada kawan-kawan anda.
Kredit: Zurina Zulkefli
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.