28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Ini Resepi Kaki Ayam Mushroom Chinese Style. Tinggi Dengan Kolagen, Elok Dimakan Selalu

Kaki ayam sangat tinggi dengan kolagen dan sangat bagus diamalkan untuk kesihatan kulit. Tapi ramai yang tak tahu cara untuk memasaknya.

Penat mencari resepi yang sesuai untuk kaki ayam? Tak perlu risau, di sini kami berkongsi resepi kaki ayam mushroom chinese style oleh Siti Hariah Suhaili. Memang sedap, sepiring tak pernah cukup.

Ini Resepi Kaki Ayam Mushroom Chinese Style. Tinggi Dengan Kolagen, Elok Dimakan SelaluBahan-bahan25 ketul kaki ayamIsi ayamHalia (hiris panjang)10 ketul bawang putih (diketuk)15 ketul bawang cendawan shitake keringSerbuk lada hitam3 sudu makan sos tiramCukaSedikit kicap pekatSedikit minyak bijan – (Susah nak jumpa? dapatkan di sini)PerasaSedikit gulaAir secukupnyaMinyak masak Kaki Ayam Mushroom Chinese StyleCara-caranyaRendam cendawan shitake dengan air sehingga lembut, cuci dan toskan. Tunggu sehingga kering. Kaki Ayam Mushroom Chinese StyleSambil itu, bersihkan kaki ayam dan perap dengan cuka dan kicap pekat selama 30 minit. Kaki Ayam Mushroom Chinese StyleSeterusmya, goreng kaki ayam hingga garing tapi jangan bagi hangus. Selepas itu, rendam dalam air papi bagi tujuan untuk mengembangkan kaki ayam. Sudah kembang boleh lah keluarkan kaki ayam. Kaki Ayam Mushroom Chinese StyleKemudian dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak dan tumis semua bahan-bahan termasuk sos tiram.Masukkan kaki ayam dan isi dada ayam, air kena lebihkan sedikit dari jumlah kaki ayam.Tambahkan kicap, serbuk lada hitam, minyak bijan dan perasa. Masak lebih kurang dalam 1 jam setengah dengan api yang perlahan, gaul lembut sehingga isi dada ayam terlerai sepenuhnya seperti dicarik-carik dan kaki ayam semua lembut, senang cerai dari tulang. Boleh tambahkan air lagi kalau mahu kuah lebih. Kaki Ayam Mushroom Chinese StyleTutup api dan sedia untuk dinikmati. Kaki Ayam Mushroom Chinese Style

Hidangan ini wajib dibuat banyak-banyak kerana seketul memang tak cukup! Sekejap sahaja habis, memang sedap dan boleh diratah dengan begitu sahaja.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Siti Hariah Suhaili

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Gado-Gado Ori Dari Indonesia, Senang Saja Nak Buat

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI