Korang penggemar ikan tenggiri? Selalu masak lemak atau gulai sahaja, kali ini jom buat pais ikan tenggiri pula.
Pais atau juga dikenali sebagai pepes merupakan makanan khas masyarakat Jawa Barat, Indonesia. Bahan asasnya ialah ikan dan daun pisang. Makanan ini cukup terkenal kerana identik dengan daun pisang.
Secara modennya, pais ikan cuma perlu dimasak dengan menggunakan air fryer atau dibakar dalam oven sahaja. Makanan berlapik daun pisang ini sangat disukai ramai dan ianya juga sama seperti otak-otak dan satar.
Jom kita ikut perkongsian pais ikan tenggiri ini bersama.
Ini Resepi Pais Ikan Tenggiri Kukus Kampung, Masakan Zaman Dahulu Sampai Terkenang Memori LamaBahan-Bahan:4 ketul ikan tenggiri saiz comel1 sudu kecil serbuk lada hitam2 sudu besar cili kering1 biji bawang merah1 ulas bawang putihsedikit haliasedikit kunyit hidupsedikit belacan2 keping asam keping (rendam asam keping dengan air panas suku cawan, tapis ambil air asam keping sahaja).1 batang seraisedikit daun kesumsedikit daun kunyitsedikit bunga kantandaun pisangCara Penyediaan:Tumbuk bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit kunyit hidup, sedikit belacan.Rendam asam keping dengan air panas suku cawan, tapis ambil air asam keping sahaja. Elakkan guna asam jawa sebab tinggi karbohidrat.Hiris 1 batang serai, sedikit daun kesum, daun kunyit dan bunga kantan.Perap semua bahan-bahan ditumbuk, dihiris dengan ikan tenggiri.Ambil daun pisang yang dah dilayurkan dengan api untuk sennag bungkus.Letak ikan dan isinya.Bungkus kemas-kemas dan cantik-cantik.Masuk tempat pengukus.Kukus 25-30 minit. Siap!
Sudah siap pais ikan tenggiri kukus kita. Senang kan? Kalau nak resepi ikan tenggiri yang lain dari yang lain boleh lah try yang ini pula!
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan selamat mencuba!
Baca juga: Suka Makan Indomie Dari Indonesia? Ini 10 Kedai Makan Indomie Tersedap Di Malaysia Dengan Tahap Pedas Berbeza!
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.