31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Ini Tips Kurangkan Kerosakan Kereta Selepas & Sebelum ‘Ditelan’ Banjir!


Ketika ini banyak kawasan yang telah banyak mengalami air surut dan dalam proses pasca banjir terutama di Kuala Lumpur, Selangor — namun keadaan banjir di Pahang dilaporkan masih berlaku dan semakin membimbangkan.

Selain rumah dimasuki air, ramai yang gagal menyelamatkan kenderaan mereka untuk dibawa ke kawasan selamat dan terpaksa pasrah melihat kereta kesayangan ditenggelami banjir.

cara selamatkan enjin kereta dari banjir 2

Namun anda jangan terlalu gusar dengan keadaan kenderaan tersebut, berikut adalah perkara paling penting yang perlu anda lakukan bagi memastikan kereta tersebut masih boleh diselamatkan :-

claim insurans kereta banjir

1. JANGAN HIDUPKAN ENJIN KERETA 

Selepas banjir mula surut dan keadaan mula selamat, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin kereta anda. Sebaik-baiknyam hubungi lori tunda untuk dibawa ke bengkel.

Ini kerana jika anda cuba menghidupkan kenderaan, enjin yang sudah terjejas akibat banjir besar kemungkinan akan mengalami kerosakan lebih teruk.

banjir 1

2. ‘FLUSH’ MINYAK

Memandangkan kedudukan tangki minyak pada kedudukan agak rendah, ada kebarangkalian air telah masuk ke dalamnya. Bagi mengelak masalah besar atau kemungkinan kereta perlu overhaul, flush minyak yang ada sehingga benar-benar kering.

1004769

3. PERIKSA MINYAK ENJIN & GEARBOX 

Antara perkara yang perlu diperiksa adalah sukatan dipstick minyak enjin dan gearbox. Sekiranya paras minyak lebih tinggi daripada kebiasaan, kemungkinan ia telah dimasuki air.

Kebiasaannya, mekanik akan mengosongkan minyak enjin dan gearbox dan gantikan dengan yang baharu.

4. CABUT KOMPONEN ELEKTRONIK 

Apa sahaja komponen elektronik seperti radio, bateri dan sebagainya hendaklah dicabut.

1004767

5. CUCI KUSYEN DENGAN BAIK 

Kebiasaannya terdapat bengkel yang menawarkan perkhidmatan mencuci bahagian dalam kereta yang basah akibat terkena air banjir. Pastikan kusyen dicuci dengan baik kerana ia mungkin akan meninggalkan bau hapak.

553

Sementara itu sekiranya kawasan anda berisiko dilanda banjir, beberapa langkah pencegahan juga boleh dilakukan termasuklah;

1. Sebaik-baiknya selamatkan kenderaan dan parkir di kawasan lebih tinggi.

2. Sebagai langkah keselamatan, tutup ekzos kenderaan dengan sesuatu yang padat agar air tidak dapat tembus sekiranya berlaku banjir.

3. Cabut terminal bateri memandangkan situasi banjir di luar jangka.

4. Selamatkan barang-barang yang penting dan mudah rosak akibat air.

1004771Sumber: Mstar





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI