Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm di Hulu Selangor berhubung tragedi tanah runtuh mencuri tumpuan warganet.
Menurut laporan Harian Metro, beliau yang juga Presiden UMNO mengesahkan 21 mangsa meninggal dunia setakat jam 7.10 malam tadi manakala 12 lagi mangsa masih belum ditemukan.
Namun begitu, segelintir individu lebih tertarik untuk memberi komen berkaitan soal politik sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.
Menerusi tinjauan beberapa laporan berita di laman Facebook, ramai memuji usaha dan keprihatinan Ahmad Zahid yang turun padang sekali gus cakna tentang musibah melanda negara.
Bagaimanapun, tidak kurang ada juga individu memilih untuk memberi sindiran selain memperlekehkan kredibiliti beliau dengan mendakwa kononnya sekadar ‘tunjuk muka’ kepada rakyat semata-mata.
Dalam perkembangan lain, operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 lagi individu masih berjalan dan belum ada penemuan mangsa setakat jam 11 malam Jumaat.
Sumber: Facebook Harian Metro , Sinar Harian & Astro Awani
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.