24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Isu Bakar Al-Quran : Orang Ramai Disaran Boikot Produk Sweden Seperti IKEA dan H&M

Susulan penghinaan agama dan tindakan membakar al-Quran oleh seorang pemimpin Sweden, Rasmus Paludan — kini satu dunia termasuk Malaysia mengecam sekeras-kerasnya provokasi tersebut serta menyeru orang ramai untuk memboikot produk keluaran negara berkenaan.

Isu Bakar Al Quran Orang Ramai Disaran Boikot Produk Sweden

Antara jenama dan produk Sweeden berada di Malaysia yang disaran untuk diboikot adalah:

1. IKEA (Deco, Furniture)

2. H&M (clothing)

3. Volvo (car)

4. Thule (bag)

5. Libresse (intimate care)

6. Electrolux (E)

1674653225 103 Isu Bakar Al Quran Orang Ramai Disaran Boikot Produk Sweden

Rata-rata pengguna media sosial juga turut menzahirkan persetujuan untuk memboikot produk negara Sweden itu bagi menzahirkan perjuangan kerana provokasi yang telah menyentuh kesucian agama Islam sekaligus mempromosikan kebencian terhadap Islam.

1674653226 533 Isu Bakar Al Quran Orang Ramai Disaran Boikot Produk Sweden

Malah, ramai juga pemimpin politik Malaysia dan selebriti seperti Caprice dan PU Rahmat dilihat telah mulai mengajak orang ramai memprotes tindakan tersebut dengan turut akan menghantar memorandum bantahan kepada pihak kedutaan Sweden.

Untuk rekod — pada 21 Januari lalu, Paludan yang juga tokoh berhaluan kanan parti Stram Kurs membakar al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden semasa protes Islamofobia selepas mendapat permit daripada pihak kerajaan.

Aksi biadab Paludan yang turut menghina Islam itu menyebabkan Turkiye bertindak balas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara berkenaan. 

1674653226 649 Isu Bakar Al Quran Orang Ramai Disaran Boikot Produk Sweden

 

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI