26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Isu Peserta ATNM Kekwat, Astro Nafi Ianya Gimik!

Tindakan salah seorang peserta program AlI Together Now Malaysia (ATNM) menjawab pertanyaan salah seorang juri, Catriona Ross dengan nada biadab serta bahasa tubuh tidak berpuas hati mengundang kemarahan netizen.

Cara jawab takde adab…. 😂😂😂#Budak16Tahun #AllTogetherNowMY2#FearTolakTepi pic.twitter.com/QbZxYmIIos

— Lan636 (@shazlan_80) December 18, 2022

Produksi program All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2), menafikan dakwaan insiden peserta memberikan jawapan sarkastik pada episod kedua minggu lalu adalah sebahagian daripada perancangan gimik mereka.

Penerbitnya, Nurul A’in Mohd Noor berkata,

“Itu adalah realiti dan pihak produksi tidak pernah merancang apa-apa gimik semata-mata untuk menaikkan rating. Produksi selalu mengingatkan peserta untuk menjadi diri sendiri dan membuat persembahan terbaik untuk memenangi hati juri dalam 90 saat persembahan mereka.

“Pihak poduksi tidak pernah menyuruh atau memaksa peserta membuat gimik di pentas hanya kerana mahu menaikkan rating.

“Lagipun, program ATNM2 diterbitkan untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian, sudah tentu kami mahukan pengisian yang memberikan impak positif,” katanya.

Nurul A’in berkata, mungkin ada pihak beranggapan kontroversi yang tercetus mampu melonjakkan populariti program tersebut, namun baginya, perkara itu bersifat subjektif.


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI