26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Isu Ustazah Label Suami “Dayus” Izinkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak, Ini Jawapan UAI!

Kecoh di semua platform media sosial, dimana Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang berani melabel para suami lelaki ‘dayus’ jika mengizinkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka. Kenyataan tersebut ternyata membuat netizen berasa marah dan terhina

Tidak menunggu lama, Ustaz Azhar Idrus tampil membidas kenyataan tersebut melalui satu video yang dimuatnaik di TikTok.

@ustazazharidrus SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai ♬ Calm Humming – Nasheed

Jelas berdasarkan video tersebut, UAI menjelaskan isteri bersalin dengan doktor lelaki tidak haram sekiranya tiada doktor perempuan kerana saat itu melibatkan isu hidup dan mati dua nyawa iaitu ibu dan anak

“Orang yang ada duit, pergi dekat doktor perempuan di swasta. Dia boleh la (bayar), sekali beranak sampai RM7,000 hingga RM8,000. Kalau yang cukup-cukup makan, nak cari mana duit tu. Itu yang pergi hospital kerajaan.” kata Ustaz Azhar Idrus

Selain, hukum haram boleh berubah dalam perubatan sekiranya darurat. Bukan itu sahaja, dia juga menegaskan hanya mereka yang berkemampuan sahaja boleh membayar kos hospital swasta yang tinggi manakala bagi keluarga yang sekadar cukup makan, semestinya hospital kerajaan sahaja pilihan yang ada.

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI