31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Jam Tangan Digital NFT Yang Pertama Di Malaysia


Anda pernah dengar tentang NFT? Non-Fungible Token atau NFT merupakan aset digital yang sedang menjadi tumpuan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Jika anda salah seorang yang sedang melibatkan diri dalam NFT, apa kata anda lihat projek CShox jam digital NFT ini.

Projek CShox bakal dilancarkan oleh Echelon Cipher yang merupakan sebuah karya digital NFT berbentuk jam tangan. Projek NFT ini merupakan idea dua warga tempatan iaitu Khor Ren Jin dan Dindran Kumar yang bekerja di syarikat teknologi.

Banner Showcase 1200 x630 poster 04

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi CShox kerana keluarannya sangat terhad. Hanya 3690 Genesis NFT sahaja akan dilancarkan di mana setiap koleksi jam tangan mempunyai reka bentuk berbeza antara satu sama lain.

Reka bentuk setiap koleksi CShox sangat menarik dan memukau. Reka bentuknya merupakan hasil gabungan idea terhadap pelbagai jenis dan jenama jam tangan yang dicipta sejak 80-seperti Swatch, Gshock, London Boy dan sebagainya.

5 Kelebihan Memiliki CShox

Banyak kelebihan bagi setiap pemilik koleksi jam tangan digital CShox. Semuanya di atur khas untuk menjadikan projek CShox istimewa bukan sahaja pada waktu sekarang, malah untuk masa depan. Ini 5 kelebihan yang pasti menguntungkan setiap pemilik CShox:

1.Mendapat wallet-sticker

Wallet-Sticker adalah bukti terhadap pemilikan jam tangan digital CShox. Dengan adanya wallet-sticker, pemilik koleksi ini mudah untuk memperdagangkan atau memaparkannya kepada khalayak.

2. Mereka koleksi CShox mengikut idea sendiri

Sebagai pemilik koleksi ini, anda boleh mereka atau menghias jam tangan mengikut kreativiti atau corak yang anda inginkan. Untuk mengedit dan menyimpan karya tersebut dengan selamat, pemilik akan menggunakan pelayar reka bentuk tersendiri iaitu Echelon Cipher.

3. Memperoleh akses Cipher-Market

Pemilik CShox turut memperolehi akses eksklusif terhadap Cipher-Market. Dengan akses ini, pemilik boleh mendapatkan barangan khas yang terhad terhad. Ia hanya ditawarkan pada platform tersebut.

4. Menyertai forum khas CShox

Sebagai pemilik CShox, mereka mempunyai peluang untuk menyertai forum khas yang akan diadakan menerusi platform Discord. Melalui forum ini, semuanya bebas untuk berbincang tentang hal berkaitan selain mendapat koleksi terbaru dari semasa ke semasa.

5. Menikmati faedah runcit dari pelbagai jenama terkenal

CShox and Retail Partners 1200 x 630

Pelbagai jenama terkenal seperti Bean Jr., Australian Cake House, Opus Residence, Mitra Homestay Reatreat, Doubewoot, Christy Ng, Beaubelle dan sebagainya telah menjadi rakan kongsi dalam projek ini. Oleh yang demikian, faedah runcit terhadap jenama tersebut akan diperolehi pada setiap bulan sama ada secara dalam atau luar talian.

Ketersediaan dan Harga

Berminat dengan koleksi CShox? Nantikannya pelancarannya pada penghujung Mei 2022. Harga untuk senarai putih telah ditetapkan dengan kadar ETH0.08 iaitu anggaran RM 700. Penjualan secara umum pula akan dihebahkan melalui platform Discord.

Layari Discord utama Echelon Cipher untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi CShox manakala laman Open Sea untuk melihat pelbagai koleksi CShox yang menarik.



Sumber: saji.my

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI