25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Jangan Malukan Keluarga, Masalah Kita Selesaikan Sendiri.” – Setiap Anak, DiLarang Dedah Aib Mak Ayah Kita

‘Masalah kita selesaikan sendiri.’

Setiap anak, dilarang dedah aib mak ayah terutamanya yang telah meninggal dunia. Sejahat mana mak ayah kita sebaiknya selesaikan cara baik, jangan ambil jalan mudah dengan dedahkan aib mereka kepada orang luar.

Tidak dinafikan apa yang dilalui kita selama ini perit untuk ditelan seperti mana pendedahan yang dilalui oleh seorang pelakon ketika dia masih kecil baru-baru ini.

Namun begitu membicarakan perkara tersebut di khalayak ramai bukan sesuatu yang boleh diterima. Cari orang betul dan dipercayai serta saluran yang betul untuk selesaikan masalah yang berlaku kerana orangnya juga masih hidup.

Tetapi bagi mak ayah yang telah meninggal dunia, kita sebagai anak sama sekali dilarang mendedahkan aib mereka.

Masalah Kita

Setelah ibu bapa kita telah meninggal dunia, tidak ada hadiah yang paling berharga melainkan anak- anak yang masih hidup mendoakan arwah ibu bapa mereka semoga Allah mengampunkan dosa- dosa mereka.

Doa anak yang soleh mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”(Hadith Sahih Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Selesaikan Sendiri

Selain daripada mendoakan mereka, melakukan sedekah jariyah dan niatkan pahalanya untuk mereka. Jika ibu bapa belum mengerjakan haji buatkan badal haji untuk mereka.

Banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh anak-anak lakukan untuk membantu arwah di alam barzakh iaitu hadiahkan pahala bacaan al-Quran, hubungkan silaturahim dengan rakan-rakan ibu bapa dan amalkan ilmu- ilmu yang bermanfaat yang pernah mereka ajarkan kerana pahala tersebut mengalir terus.

Setiap Anak

Telah viral di media sosial pengakuan seorang anak bahawa bapanya seorang ulama terkenal telah berbohong untuk menutup satu isu yang diperkatakan masa itu. Perbuatan mendedahkan aib bapanya itu satu perkara tidak sewajarnya dilakukan.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian setiap anak dilarang membuka aib ibu bapa mereka terutama apabila mereka telah meninggal dunia.

Masalah kita di dunia selesaikan sendiri dan tak boleh dikaitkan apa sahaja dengan orang yang telah meninggal dunia.

DiLarang Dedah Aib Mak Ayah

Berdosa jika Allah sudah tutup aib arwah kita pula pandai- pandai untuk membukanya dengan alasan hendak membenarkan kesalahan yang telah kita lakukan.

Rasulullah SAW ada menyatakan hal tentang hukum membuka aib orang iaitu:

“Barang siapa yang menutup (aib atau cacat) seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.”(Hadis Riwayat Muslim)Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :لَا تَسُبُّوا الْأَمْوَاتَ فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا“Janganlah kalian mencela mayit kerana mereka telah pergi untuk mempertanggug jawabkan apa yang telah mereka perbuat.”(HR Bukhari : 1329).

Marilah kita sama- sama beramal dengan ajaran Islam dan tinggalkan perbuatan keji dan mungkar. Islam melarang membuka aib orang yang hidup dan telah meninggal dunia dan melarang sumpah palsu (tidak mengaku perbuatan diri sendiri) dan berbohong dengan nama Allah. Segeralah bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka disisi Allah.

Makmum Sundari

Sumber: www.kashoorga.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI