26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Jangan ‘merenyam’, dah tahu suami orang janganlah kacau – Wawa Zainal

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menasihatkan golongan wanita yang ingin mendirikan rumah tangga agar tidak ‘terjatuh’ hati terhadap lelaki yang memegang status suami orang.

Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 32 tahun itu berkata sebagai wanita, mereka sepatutnya menghormati hati dan perasaan sesama kaum tanpa menghancurkan kebahagiaan orang lain.

“Mana-mana perempuan di luar sana tu, janganlah ‘merenyam’.
“Kalau dah tahu suami orang, janganlah kacau sebab kita sepatutnya memahami isi hati sesama perempuan,” kata Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin.

Bercakap soal poligami, pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap itu tidak melulu membantah sebaliknya berpendapat bahawa asalkan perkahwinan tersebut direstui oleh individu yang terlibat.

“Kalau perempuan itu setuju atau rela hati dimadukan, okey sahaja. Tapi, kalau dia tak rela dimadukan, tak bolehlah kot.
“Ada sahaja isteri pertama rela dimadukan sebab dia bosan di rumah ke,” ujarnya lagi.

Bagi suami Wawa iaitu Aeril Zafrel pula, dia enggan ‘serabut’ untuk memiliki isteri lagi meskipun poligami tidak dilarang dalam agama Islam.

“Saya sebenarnya tak nak pening. Sebenarnya, kalau kita ada orang lain, bertambah pening. Ada satu pun dah pening.
“Saya ni jenis lelaki yang bukan tak ambil kisah tapi banyak lagi benda yang nak difikirkan. Dengan anak-anak lagi.
“Ada kucing lagi. Kalau tambah bini, ‘confirm’ sakit kepala. Rambut dah baik-baik lebat sekarang, nanti botak pula,” kongsinya.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzikyaa, 7, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 2.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Haikal Isa) , Instagram Wawa Zainal



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI