26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

“Jangan Sebab Bayar Mahal, Hilang Rasa Tanggungjawab”, Lelaki Ini Nasihat Orang Ramai Jangan Buat Macam Ni Di Restoran..

Jika kita berkunjung ke mana-mana restoran atau kedai makan, mengemas meja setelah makan memang harus menjadi tabiat dan amalan. Selain membentuk dan mengajarkan peribadi mulia kepada individu, amalan ini juga akan mempermudahkan urusan orang lain.

Di Malaysia, ia menjadi satu perdebatan antara dua golongan. Satu golongan mempercayai bahawa jika pembayaran sudah dibuat, maka tanggungjawab pekerja untuk mengemas meja setelah pelanggan habis makan walaupun restoran atau kedai makan tersebut memaparkan tanda ‘self-service’.

Manakala, satu golongan lagi beranggapan bahawa sebagai individu yang bertanggungjawab, adalah tidak menjadi satu kerugian atau beban untuk mengemas meja dan sisa makanan selepas makan terutama di kedai yang menyuruh berbuat demikian.

Mengemas meja di sini bukanlah bermaksud mencuci pinggan mangkuk, tetapi sekurangnya menyusun pinggan dengan teratur dan meninggalkan meja dalam keadaan sampah tidak merata.

“Jangan Sebab Bayar Mahal, Hilang Rasa Tanggungjawab”, Lelaki Ini Nasihat Orang Ramai Jangan Buat Macam Ni Di Restoran..jangan sebab bayar mahal

Bercakap berkenaan isu yang tidak kunjung sudah ini, seorang lelaki yang berkunjung ke Ikea meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pelanggan lain melalui video di laman TikToknya bernama Syafiq Zaini. Ini apabila mereka meninggalkan sisa makanan dan pinggan kotor di atas meja makan Ikea.

“Okay cerita dia macam ni. Jika ke restoran tu kita selalu nampak pinggan mangkuk dah makan tu pelanggan biar macam tu je kan. Dibiar bersepah, tinggal sisa makan.

“Pekerja dah lah tak ramai, yang datang makan ramai pulak tu. Bukan susah pun, korang letak je atas troli tu lepastu korang hantar je dekat tepi tu (tempat disediakan).

“Lepastu nanti dorang kemas lah. Senang kan kerja dorang lepastu Allah senangkan kerja kita pulak. Letaklah sampah dalam tonng sampah disediakan. Semoga kita menjadi pembersih walau dimana-mana,” luahnya dalam video jangan sebab bayar mahal sampai hilang rasa tanggungjawab itu.

Senangkan Kerja Orang, Tuhan Mudahkan Kerja Kitajangan sebab bayar mahal

Untuk info, restoran di Ikea berkonsepkan self-service. Jadi, korang perlulah pesan sendiri di kaunter dan juga meletakkan sisa makanan ke dalam tong sampah dan sebolehnya meletakkan pinggan di troli yang sudah disediakan.

@syafiq.zaini Jom lah sama² kita menjadi manusia yang ada hati perut. Jangan disebabkan kita bayar makan mahal² terus hilang rasa tanggungjawab. Peringatan untuk saya sediri dan kita semua. #janganjadipengotor #janganjadipemalas ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi

Meninjau ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat lelaki terbabit dan percaya bahawa amalan itu bukan sahaja harus dilakukan di Ikea, malah semua tempat makan.

“Dekat mana-manna pun kena cuba buat baru ada orang ikut. Bila kita buat orang tengok kita pelik,” kata netizen bernama Shila.

Bukan Setakat Ikea, Dekat Kedai Makan Mana-Mana Pun Kena Kemas Beginijangan sebab bayar mahal

Mengakhiri video, dia berkata mari lah bersama-sama menjadi manusia yang ada hati perut. Jangan disebabkan kita bayar mala-mahal terus hilanh rasa tanggungjawab. Peringatan untuk saya sendiri dan kita semua,” tambahnya lagi.

Sumber: Syafiq Zaini

Baca juga: “No Problem Aunty, Makan Je..”, Peniaga Ini Beri Makan Gelandangan, Tidak Kira Agama & Bangsa Seseorang

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI