24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Janna Nick kecewa dituduh punca dua isteri Zainal Abidin bergaduh

Selebriti popular, Janna Nick mengakui terkilan apabila segelintir netizen menuduhnya menjadi punca pertengkaran antara peserta program Famili Duo iaitu Fyna Jebat dan madunya, Datin Zalina Zaini.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, lebih kecewa apabila terdapat aktor berpengalaman dalam industri turut mengaitkan dirinya berhubung konflik rumah tangga tersebut.

“Kalau orang nak kata. Kata la.. saya ok. Tambahan kalau yang mengata tu adalah netizen. Tapi bila ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh secara membabi buta…
“…konon saya sengaja nak sakitkan hati isteri pertama kepada si polan. Saya jadi marah,” tulisnya dalam sebuah muat naik di laman Instagram hari ini.

Muat naik itu turut disertakan dengan satu rakaman temu bual bersama Fyna ketika mengacarakan program realiti nyanyian berkenaan pada Ahad lalu selain paparan skrip yang telah disediakan oleh pihak produksi.

Bercerita lanjut, Janna berkata, dia tidak mengetahui tentang kewujudan madu Fyna yang mana kedua-duanya adalah isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Datuk Zainal Abidin Hassan.

Penyanyi lagu Gatal itu menjelaskan, dia hanya menjalankan tugas untuk bertanya soalan berkaitan apatah lagi program hiburan tersebut berkonsepkan kekeluargaan.

“Walhal saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama & masalah rumah tangga yang dilalui mereka. Konon saya pulak punca berlakunya kejadian tarik menarik rambut.
“Rancangan #familiduotv3 memang berkonsepkan family. Kekeluargaan. Memang soalan tentang, suami, anak , isteri, ibu & ayah akan acapkali ditanya. Nak nak kalau suami mereka agak dikenali,” katanya.

Walau bagaimanapun, Janna berharap orang ramai berhenti melibatkan namanya dalam masalah rumah tangga Zainal Abidin selain turut memohon maaf kepada isteri pertama bekas jurulatih tersebut.

“Jangan libatkan saya dengan masalah rumah tangga orang lain. Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut sekiranya gurauan itu telah pun menyakitkan hati,” ujarnya.

Terdahulu, kejadian pertengkaran antara Fyna dan madunya disahkan oleh Polis Daerah Shah Alam dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam.

Sumber: Instagram Janna Nick


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI