26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

‘Jejak Kopi’ Di Utara Tanah Air Bakal Jadi Produk Pelancongan Negara


Seperti yang kita tahu ramai rakyat Malaysia merupakan penggemar kopi dan budaya minum kopi sememangnya telah lama menjadi amalan kita sejak dari dahulu lagi.

Tidak hairanlah merata kedai kopi, kopitiam dan kafe yang menghidangkan kopi antara lokasi wajib singgah jika kita melancong ke mana-mana di seluruh negara.

Disebabkan kegilaan terhadap kopi ini — pihak Tourism Malaysia Wilayah Utara (TMWU) kini fokus mempromosikan pelancongan ‘jejak kopi’ di negeri-negeri wilayah utara tanah air bermula dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

2019 10 22

Timbalan Pengarah Kanan TMWU, M. Yoganthiran berkata usaha itu adalah satu daripada kaedah untuk meningkatkan dan menyeimbangkan taburan ekonomi pelancongan di empat negeri itu melalui pelancongan pendidikan dan pelancongan gastronomi di wilayah utara.

latte art 2431160 1280

Menurutnya, pelancongan ‘jejak kopi’ adalah satu daripada cabang baharu yang boleh dikomersialkan dalam bidang pelancongan di Malaysia berbanding hanya fokus kepada pelancongan tradisional semata-mata.

Tambahnya, budaya minum kopi telah wujud sekian lama di Malaysia malah semakin berkembang hingga menjadi gaya hidup yang wajar dijadikan sebagai satu daripada produk pelancongan dalam negara.

50326203 985672104967010 2142414598748241920 n

“Di semenanjung Malaysia, wilayah utara adalah lokasi terbaik dalam penanaman kopi terutamanya robusta atau nama saintifiknya canephora. Di Sik, Kedah terutamanya adalah lokasi ladang kopi robusta terbesar di wilayah utara setakat ini boleh memberikan pendedahan kepada pelancong terutamanya pencinta kopi tentang asal usul dan cara penanaman biji kopi tersebut.

a statue of the owner

14711063 316634755376299 1870014320267830925 o

“Selain itu, dalam usaha untuk mengetengahkan pelancongan pendidikan, pelancong juga boleh berkunjung ke kilang pemprosesan kopi seperti di Aun Tong Coffee Mill, Taiping atau berkunjung ke kafe yang diusahakan oleh anak tempatan dalam mengetengahkan kaedah dan resepi tersendiri dalam menghasilkan minuman tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir program penutupan Coffee Trail Northern Region yang diadakan pada 19 sehingga 22 Disember di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak di sini yang melibatkan agensi-agensi pelancongan dan media tempatan.

Photo 1

Yoganthiran berkata program suai kenal tersebut melibatkan lawatan penanaman kopi, lawatan ke kilang memproses kopi dan juga kedai dan kafe kopi terpilih menarik dan unik yang berpotensi untuk menarik minat pelancong terutamanya para penggemar kopi.

fom4 hero

“Daripada pemerhatian TMWU, anak muda Malaysia mempunyai potensi besar dalam arena kopi malah di peringkat antarabangsa. Ramai antara mereka yang mengambil inisiatif untuk belajar kemahiran dan membuka kafe sendiri.

262027315 2947911828808749 2960880501425866565 n

“Di Pulau Pinang terutamanya, pertumbuhan kafe atau kedai kopi dilihat semakin mekar. Mereka menyediakan pelbagai jenis kopi dari seluruh dunia bagi memenuhi permintaan penggemar kopi di sini. Tidak ketinggalan juga anak muda di Perlis yang berani membuka perniagaan kafe dengan gaya tarikan dan keistimewaan tersendiri,” katanya.

265536127 2947911792142086 7664619601401384630 n

Sumber: BERNAMA





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI