25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Jepun Cipta ‘Kenderaan 2 Mod’ Pertama Di Dunia, Boleh Jadi Bas & Kereta Api!


Jepun sememangnya terkenal dengan pelbagai inovasi teknologi terkini yang sering menggemparkan dunia.

Terbaharu, negara matahari terbit itu muncul dengan kenderaan pertama di dunia yang berfungsi sebagai sebuah bas dan juga kereta api.

Istimewanya pengangkutan awam Jepun ini menyerupai sebuah bas mini, tetapi ia boleh bergerak di atas jalan raya mahupun landasan kereta api.

bus rail 28122021 reuters

Apabila di jalan raya, ia menggunakan tayar getah biasa. Namun, tayar besi akan digunakan apabila kenderaan itu perlu berfungsi sebagai kereta api.

np file 131612

Kenderaan dipanggil DMV ini boleh membawa sehingga 21 penumpang.

Ia mampu bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam di laluan kereta api dan sepantas 100 kilometer sejam di jalan raya.

Para penduduk di Tokushima, Kaiyo, sudahpun mula menikmati pengangkutan canggih ini.
Shishiku Onsen one of the DMV departure and arrival points.

“Kenderaan biasa hanya boleh dipandu di jalan raya atau landasan kereta api, tetapi DMV ini boleh dinikmati penduduk tempatan yang ingin menaiki bas mahupun mereka yang ingin menaiki kereta api. Terutama sekali di kawasan-kawasan luar bandar di mana masyarakatnya kian menua, kami menjangkakan ini akan menjadi satu cara pengangkutan yang bagus,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ASA Coast Railway Company, Shigeki Miura.

dmc japan2

9a12f34d0ff72d09594ddc4db763bec0

Sumber : Media Corp Sg





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI