31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

“Jika perlu tangkapan dilakukan” -Polis akan panggil Hafidz Roshdi beri keterangan

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang pelakon lelaki dikatakan telah menumbuk isterinya sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka.

Difahamkan, wanita terbabit telahpun membuat laporan polis berhubung perkara itu susulan menerima 10 jahitan akibat tindakan kasar suaminya yang dilakukan di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Sungai Buloh tempoh hari.

Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan yang mangsa akan hadir ke Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan hari ini bagi memberikan keterangannya.

“Mangsa selesai memberi kenyataan berhubung kejadian hari ini, manakala suspek (pelakon lelaki) akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, isteri kepada pelakon lelaki itu telah membuat laporan polis berhubung insiden itu di Balai Polis Jinjang selepas mendakwa ditumbuk suaminya sebanyak tiga kali sewaktu berbincang di dalam kereta.

Teka-teki gerangan pelakon itu akhirnya terjawab apabila adik kepada mangsa, mengakui yang kakaknya, Nurul Shuhada Shukri telah dikasari suaminya, pelakon, Hafidz Roshdi.

Snapinsta.app 1080 331058021 732292971946163 5006489560565149958 n

Pemegang watak utama dalam drama Mr Donat Karamel itu yang sememangnya tengah hangat dengan kontorversi berkenaan kecurangannya juga dikatakan telah melafazkan cerai kepada isteri menerusi panggilan telefon di hadapan keluarga.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

 

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI