23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Jom Baca Kisah Viral Gambar Banjir Rumah Pusaka Yang Hanya Tinggal Tangga, Ini Kisahnya.


Sejak kejadian banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur dan Selangor pada beberapa hari lalu — viral di media sosial dengan gambar-gambar yang sungguh menyayat hati.

Antaranya, gambar rumah dinaiki air sehingga ke bumbung, anak-anak kecil kesejukan menyelamatkan diri di atas bumbung rumah serta yang paling membuatkan hati netizen meruntun hiba adalah gambar sebuah rumah pusaka di Hulu Langat, Selangor yang cantik tetapi hanya tinggal tangga sahaja selepas ia musnah dibadai banjir besar.

269339867 1158191005005116 937608185941445729 n

Ini kisah di sebalik gambar yang menyayat hati itu, memetik sumber daripada Bernama.

“Saya hanya mampu terkedu apabila menerima perkhabaran daripada kakak sulung yang memberitahu rumah pusaka keluarga kami dihanyutkan arus deras banjir,” itulah reaksi Rodiah Mahfuz apabila mendapat tahu rumah pusaka keluarganya yang berusia lebih 50 tahun dihanyutkan pada Sabtu.

Rodiah, 56, yang menetap di Bangsar, pada mulanya tidak percaya rumah pusaka yang terletak di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, di sini dihanyutkan, namun setelah menerima beberapa gambar rumah itu menerusi WhatsApp kiriman kakaknya, barulah dia percaya kejadian itu benar-benar berlaku.

267721261 1158190951671788 4993961714254305881 n

“Sebelum ini memang pernah beberapa kejadian banjir namun tidaklah sampai menghanyutkan rumah pusaka keluarga, yang kini hanya tinggal tangga batu.

“Rumah berkenaan didiami kakak sulung saya (Rohana Mahfuz, 75,) yang memaklumkan paras air mula naik di rumah berkenaan pada kira-kira 12 tengah malam semalam.

“Menyedari kejadian itu, kakak saya terus bergegas keluar dengan menaiki kereta ke rumah saudara berhampiran,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Ahad.

Rodiah juga memaklumkan beberapa dokumen penting peribadi kakaknya seperti kad pengenalan, selain perabot dan barangan lain di rumah itu tidak dapat diselamatkan kerana keadaan banjir yang di luar jangkaan itu.

1413512

P/S: Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir serta mendoakan semoga mereka tabah dan dipermudahkan segala urusan. 

Sumber: BERNAMA





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI