Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Mangga mekar
- Asam boi yang putih
- Cili api ikut kepedasan
- Gula
- Garam
- Sedikit kapur sirih
CARA PENYEDIAAN JERUK MANGGA ASAM BOI :
▶️ Rendam buah mangga yang siap dipotong dengan sedikit air kapur sirih. Rendam selama 3 jam.
▶️ Masak gula pasir dengan garam dan letakkan sedikit air. Masak sampai mendidih, tutup api dan sejukkan.
▶️ Buangkan air kapur tadi dan masukkan cili api, asam boi dan air gula yang dimasak tadi.
▶️ Kacau hingga sebati. Siap!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kek Pisang Kukus Yang Gebu Dan Sedap. Rugi Sangat Kalau Tak Cuba!
Wah! Dah siap pun jeruk asam boi kita. Senang ke susah? Senang je kan. Dah siap nanti, korang boleh simpan dalam peti dulu sebelum nak makan. Bagi jeruk sejuk sikit barulah syok nak makan nanti.
If korang suka dengan rasa yang masam dan pedas. Korang boleh lebihkan cili dan perahkan limau nipis. Bagi saya, lebih pedas dan lebih masam tu lagi sedap. Banyak lagi resepi menarik yang di kongsikan oleh Cik Puan Noriza Awang Hamat ni di wall Facebooknya. Semuanya menjadi tarikan ramai.
Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi jeruk mangga asam boi yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Especially korang yang suka makan jeruk. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.