Pernahkah anda ingin belajar cara buat kek indulgence sendiri tapi tak semua orang tahu dan ada kemahiran untuk hasilkan. Agak remeh untuk hasilkan kek indulgence kerana banyak benda yang perlu dibuat untuk hasilkan sebuah kek menarik.
Ini adalah resepi Kek Mochito Indulgence yang boleh dibuat sendiri di rumah.
Apa Kata Kita Cuba Hasilkan Kek Indulgence Secara Homemade, Ini Resepi Kek Mochito Indulgence Yang Sedap & Berlemak! Sesuai Untuk Penggemar ‘Chocolate Lover’
Resepi Kek Mochito Indulgence ini dikongsikan oleh Azlina Ina dan dikongsikan di Port Makan. Banyak bahan yang akan digunakan untuk hasilkan sebuah kek ini.
Bahan-Baha Adunan:5 biji telur1 cawan gula halus (200 – 220g)1 sudu besar ovalateSedikit emolco coklat1 cawan susu pekat (265g)1 cawan minyak masak (200g)Bahan Ayak:2 cawan tepung gandum (220g)1 sudu kecil baking powder1/2 sudu kecil soda bikarbonatSedikit garam halus1 cawan serbuk kokoCara Penyediaannya:Mix telur, gula halus, ovelate dan emolco coklat sehingga gebu dan kembang.Kemudian masukkan susu pekat dan minyak masakPerlahankan mixer dan masukkan bahan ayak bersama 1/2 cawan air panas (100g) beselang-seli dan kacau sebati.Masukkan dalam bekas loyang 7 atau 8.Kukus selama 40 – 45 minit menggunakan api besar.
===========================================================================
Bahan Ganache:500g coklat blok beryls dark compound1/2 kotak whipping (dairy)2 sudu besar butterCara Penyediaannya:Double-boil atau masukkan bahan-bahan dalam pengukus atau ovenBila coklat dah cair, kacau menggunakan whiskKemudian rehatkan sampai coklat menjadi agak pekat dan biarkan di suhu bilik
===========================================================================
Bahan Black Mousse:1 sudu teh gelatin2 sudu besar air panas125 cream cheese lembut3 sb susu pekat1 /2 cawan coklat nutella1 sudu kecil emulco coklat1 1/2 cawan whipping cream vivo (non-dairy)Cara Penyediaannya:Larutkan gelatin bersama air. Biarkan 5 minit.Mix Cheese dan susu pekat sehingga sebatiCampurkan nutella dan emulco coklat dan gelatin. Gaul sebati.Putar whipping cream hingga lembut.Tuang campuran coklat dalam whipping cream. Gaul sebati.
===========================================================================
Bahan White Mousse Ganache:1 cawan coklat putih1 cawan whipping cream (non-dairy)1 sudu besar gelatin2 sudu besar air panasCara Penyediaannya:Cairkan coklat putih menggunakan cara double boilerPutar whipping cream hingga lembut dan kentalTuang coklat putih dan gelatin dalam whipping cream. Gaul sebati. Siap!
===========================================================================
Cara Melapis:Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse. Ratakan.Lapiskan 1 keping kek lagi tuang pula black mousse. Ratakan.Ulang langkah yang sama. Terpulang berapa lapisan nak buat sampai kek siap.Dah siap masuk peti ais dalam 1 jam. Kemudian baru tuang ganace pada seluruh kek.Akhir sekali, hias ikut kreativiti andaSimpan sebentar dalam peti sejuk selama 15 minit.
Susah bukan untuk sediakan sebiji Kek Mochito Indulgence? Tetapi kalau mahu mencuba, boleh sahaja. Mungkin boleh meluangkan masa bersama dengan anak-anak dapat hasilkan kek ini.
Selamat Mencuba!
Kredit: Azlina Ina
Baca Juga: Perkongsian Hampir 3.2K, Ini Dia Resepi Lengkap Kek Batik Indulgence Mr.Ali Yang Mudah, Sedap Dan Tak Muak!
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.