28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Jom Intai 5 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangor Untuk Anak Anda!

Menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga adalah kualiti masa terbaik yang boleh dilakukan pada setiap hujung minggu! Semuanya boleh dilakukan di Negeri Selangor dan berikut merupakan 5 tempat menarik yang patut dicuba.

G2G Animal Farm @ MAEPS, Serdang
Jom Intai 5 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangorvia The Smart Local

G2G Animal Farm terletak di Serdang, Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS). G2G Animal Garden ialah zoo haiwan peliharaan mesra keluarga yang sesuai untuk pencinta haiwan, keluarga dan individu yang ingin berinteraksi dengan haiwan.

Disini, anda boleh memberi makan dan membelai haiwan dan antara stesen haiwan adalah Rumah Kucing, Kandang Burung, Rumah Terapi Haiwan, Taman Arnab, Rumah Reptilia, Rumah Merpati, Taman Kura-kura dan Haiwan Peliharaan Kampung.

Riverine Survival, Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey
1654920693 662 Jom Intai 5 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangorvia Travellog

Dibina di tengah- tengah gugusan pokok Beringin yang cantik, taman ini akan memberikan teduhan dan anda boleh menghirup udara segar di sekitar taman.

Antara tarikan menarik yang boleh anda cuba ialah berlari melalui Garden Maze mereka atau meneroka halangan atau memanjat rumah pokok yang dibina di sekeliling pokok asli.

Jangan lupa untuk mencuba garis zip Flying Fox yang baharu juga! Semua tarikan ini sesuai untuk kanak- kanak berumur 3 tahun ke atas dan dewasa.

Clay Expression Enterprise, Subang Jaya
1654920693 852 Jom Intai 5 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangorvia KKDay

Clay Expression adalah tempat untuk mengembangkan kreativiti anda melalui pembuatan tembikar. Disini anda boleh menyentuh dan merasa tanah liat yang sedang dihasilkan.

IKLAN

Sangat menarik, ia menenangkan fikiran dan mampu membantu menumpukan perhatian anda. Selain dari itu, ia juga mencabar keazaman anda, mengembangkan ekspresi diri, serta meregangkan kemahiran dan imaginasi.

RollerWa, 1 Utama, Petaling Jaya
1654920694 746 Jom Intai 5 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangorvia Mai Singgah

RollerWa ialah sukan luncur roda dan gelanggang tertutup pertama di Malaysia, terletak di pusat beli-belah One Utama (1U), District K, Aras 1.

Dsini terdapat pengajar yang bertugas akan memberikan anda panduan dan tunjuk ajar; adalah disyorkan bahawa anda memakai peralatan keselamatan yang lengkap.

Selain itu, RollerWa ialah lokasi spot Instagrammable, kerana mereka telah menyediakan 2 Photo Booth untuk mengambil gambar bersama keluarga dan rakan-rakan.

FlowRider, 1 Utama, Petaling Jaya
1654920694 23 Jom Intai 5 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangorvia Trip

FlowRider ialah sukan papan hibrid yang menggabungkan teknik meluncur, papan salji, papan selaju, wakeboarding dan teknik skiboarding.

Penunggang boleh meluncur ke atas dan ke bawah, melakukan aksi, dan berputar pada bentuk seperti gelombang yang terhasil.

FlowRider di 1 Utama juga menganjurkan pertandingan FlowRiding seperti FLOW Tour, di mana atlet FlowRider terhebat bersaing dan menunjukkan kemahiran dan aksi mereka.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Sumber: murai.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI