25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Jom Intai 5 Tempat, Aktiviti Dan Makanan Menarik Yang Perlu Anda Cuba Sebelum 2022 Melabuhkan Tirai

Malaysia merupakan salah satu tempat kegemaran bagi pelancong dalam dan luar negara untuk bercuti di Malaysia. Syarikat hospitaliti antarabangsa Airbnb kini telah melancarkan Panduan Pelancongan edisi Malaysia yang pertama.

5 Destinasi Paling Popular Yang Kurang Diketahui Ramai di Airbnb
Jom Intai 5 Tempat Aktiviti Dan Makanan Menarik Yang Perluvia Airbnb

Airbnb mendedahkan 5 destinasi paling kurang diketahui ramai di Malaysia antaranya adalah Pulau Timba-Timba yang indah dengan hidupan laut yang berwarna-warni, Pulau Kudat di Sabah yang mempunyai perairan bioluminesen yang unik dan Sarikei yang kaya dengan budaya di Sarawak.

Selain itu, Sungai Lembing yang menempatkan “Air Terjun Pelangi” yang menakjubkan manakala Hutan Hujan Belum, salah satu hutan hujan tertua di dunia.

5 Penginapan Airbnb Paling Luar Biasa
1653824086 151 Jom Intai 5 Tempat Aktiviti Dan Makanan Menarik Yang Perluvia Airbnb

Anda boleh memilih chalet tepi pantai terpencil yang indah menghadap Laut China Selatan ataupun percutian yang menakjubkan yang dibina di tebing gunung.

Terokai lebih banyak penginapan yang menakjubkan termasuk rumah kawasan desa unik yang diperbuat daripada buluh semula jadi, chalet Belanda gaya kolonial yang abadi di Melaka, dan kabin pantai Terengganu yang selesa di mana tetamu boleh tidur dan bangun dibelai bunyi ombak.

IKLAN

5 Pengalaman Airbnb Paling Unik
1653824086 24 Jom Intai 5 Tempat Aktiviti Dan Makanan Menarik Yang Perluvia Airbnb

Jadikan percutian anda sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman istimewa yang dianjurkan oleh pakar tempatan yang bersemangat!

Berkayak di tanah paya dengan naturalis dan ahli sejarah tempatan, pelajari semua tentang teknik canting dan pewarnaan batik, cuba menoreh getah, ikuti kelas silat bersama ahli silat, dan sertai penjelajahan malam di hutan Langkawi.

5 Hidangan Hebat Terbaik Untuk Pencinta Makanan
1653824087 622 Jom Intai 5 Tempat Aktiviti Dan Makanan Menarik Yang Perluvia Airbnb

Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis masakan yang lazat merentasi pelbagai budaya, dan Airbnb menampilkan 5 makanan terbaik yang mesti dicuba termasuk hidangan asli Kadazandusun; hinava, hidangan istimewa perayaan Gawai Dayak.

Selain itu, anda juga boleh mencuba manok pansoh dan hidangan Peranakan seperti ayam buah keluak yang membangkitkan selera.

Layari https://news.airbnb.com/airbnb-travel-guide-2022-malaysia/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pelancongan Airbnb.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Sumber: murai.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI