31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Jom Try Homemade Loaded Potato Bowl, Letak Isi Penuh, Baru Puas Makan!

gambar hiasan 2022 09 02T115223.904

Terliurnya! Paling best, boleh makan banyak loaded potato bowl ini sebab ‘homemade’. Tapi jangan teruskan bacaan kalau korang tengah diet tau.

Bayangkan ubi kentang dilenyek ketika panas, disalut pula dengan sos keju, mayonis dan ayam. Ahh. Dah cuba sekali, mesti nak lagi punyalah!

Jadi, kalau korang memang favorite dengan Loaded Potato Bowl ala-ala KFC ini.

Mari kita cuba buat guna resepi yang dikongsikan oleh Tyra Manan ini.

191516033 955379138554151 3899132245770221105 n

Loaded Potato Ala KFC

Bahan Kentang Putar:

  • Kentang – 1kg
  • Butter – 100g (potong dadu)
  • Whipping cream – 100ml
  • Air – 50ml (bukan untuk rebus kentang ya)
  • Lada hitam
  • Garam – agak-agak untuk secukup rasa

Cara membuatnya:

Rebus kentang sampai ia lembut.

Selepas itu, campurkan je semua bahan-bahan di atas tadi, gaul sehingga butter cair.

Jangan risau! rasa dia nanti serius sedap!

194698330 955379075220824 4335998907912727357 n

Bahan Ayam:

  • Ayam bahagian dada – potong dadu
  • Tepung bestari

Cara membuatnya:

Bancuh tepung dengan air selepas itu goreng ke dalam minyak panas.

195077652 955379051887493 4936197349035207793 n

Bahan Topping:

  • Jagung rebus
  • Serbuk keju yang dibancuh dengan air panas
  • Mayonis

Nota: Jagung rebus dahulu tapi jangan terlalu lama untuk elak ia kecut. Selepas itu gaulkan dengan sedikit gula dan garam.

199311594 955379108554154 4810284979824774678 n

Cara Letak Dalam Bowl:

Mula-mula, letak kentang putar. Kemudian, letak sos keju dan mayonis dan ulang kembali dengan letak kentang potato untuk dibuat secara berlapis.

Akhir sekali, baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan lagi sos keju dengan mayonis. Marvelous gitu!

193101155 955378988554166 2951645370657948399 n

Selamat mencuba.

Kredit: Tyra Manan

Sumber: www.keluarga.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI