24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Jom Try Roti Canai Besar Dulang, Hanya Di Melaka!

Antara hidangan sarapan pagi yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sudah tentunya roti canai! Tapi roti canai kat Kampung Cherana Putih ni unik dan wow sikit!

Seorang peniaga di Kampung Cherana Putih, Simpang Ampat mencipta keunikan apabila menghasilkan roti canai bersaiz gergasi sebesar dulang yang menjadi pilihan pelanggan.

@fakhrulfoodhunter Roti Besar Bas😅#fypシ゚viral #myfoodie #foodie #makananviral #makanviralmelaka #portmakanmelaka #makanbest #makanlokal #melakahawau #foodlover #food ♬ Эта любовь – Amirchik

Razali Abdul Rahman, yang merupakan tuan gerai roti canai ini memiliki kemahiran menghasil roti canai yang lembut dan garing mula menguli tepung, menebar dan menghasilkan roti canai sejak berusia 16 tahun.

Bagi menghasilkan roti canai bersaiz dulang kecil, Razali mengadunkan dua doh dan tiga biji telur yang dijual pada harga RM4 sekeping.

Manakala tiga doh yang diadunkan dengan 10 biji telur mampu membentuk roti canai bersaiz dulang besar berharga RM10 sekeping.

Razali berkata, roti canai bersaiz dulang kecil sesuai dimakan oleh dua atau tiga pelanggan, manakala roti canai bersaiz dulang besar mampu memenuhi selera empat atau lima pelanggan.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI