25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Julia Farhana tak malu nikahi duda -“Lagipun kita bukan rampas hak orang”

Beberapa hari lalu, pelakon kacukan Melayu-Itali, Julia Farhana Marin, 28, mengumumkan dirinya sudahpun bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, menerusi hantaran di laman Instagram.

Pengumumkan berita perkahwinan mereka itu dibuat sebaik sahaja pulang dari berbulan madu.

Terbaharu, aktres berusia 28 tahun itu mengaku tidak malu apabila mengambil keputusan berkahwin dengan bekas suami orang di mana Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Lufya Omar.

Katanya, urusan jodoh adalah perancangan Tuhan dan dia tidak mengambil hak sesiapa.

“Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Lagipun kita bukan rampas hak orang. Kebahagiaan itu perlu dicari,” katanya.

Snapinsta.app 1080 320760693 1193318628058073 9131473558214346504 n

Terdahulu, Julia memaklumkan yang dirinya sudah sah bernikah pada 14 Disember 2022 yang lalu dan ia diadakan secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang hanya dihadiri keluarga dan rakan baik. Dalam pada itu, dia juga memohon maaf terutama kepada rakan media kerana lewat memaklumkan hal berkenaan.

Snapinsta.app 1080 320656424 541765210943852 2638194059085563906 n

Untuk rekod,  Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti, Lufya pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Walau bagaimanapun, mereka telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada 17 Jun 2020.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI